Kemenangan Pakatan Rakyat, Buktikan Bahawa Rakyat Sememangnya Tolak Restu Yang Di Pohon Oleh PM Najib Razak Dan Dr.Zambery !!
KUALA LUMPUR - Nampaknya keputusan terkini pilihanraya kecil di tiga kawasan telah diketahui. Akhirnya memang terbukti kini bahawa "nyawa dan jangka hayat" Barisan Nasional hanya boleh bertahan di Sabah dan Sarawak sahaja. Sebaliknya di Semenanjung Malaysia terbukti BN kalah dalam empat pilihanraya kecil bermula denganPermatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang danBukit Selambau. Tambah mengejutkan tiga pilihanraya kecil itu melibatkan kawasan parlimen. Jika BN mengatakan di Permatang Pauh, itu adalah "kubu kuat" Anwar, namun di Kuala Terengganu yang merupakan kerusi BN mereka juga tewas dengan majoriti undi yang lebih besar. Itu pun para pemimpin UMNO dan BN masih mahu untuk mengatakan kemenangan itu bukanlah bererti rakyat menolak kerajaan. Akhirnya bagai sudah ditakdirkan tiga pilihanraya kecil berlaku serentak baru-baru ini. Ramai dikalangan pemerhati politik awal-awal lagi sudah menjangkakan bahawa BN tidak mampu untuk mengekang "suara rakyat" di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Tambahan pula isu "rampasan kuasa" itu masih lagi terpahat dalam ingatan kita. Rakyat melihat insiden itu amatlah zalim dan mencabuli Undang Tubuh Negeri Perak.
Pilihanraya kecil negeri Perak yang amat diharapkan tidak berlaku, apabilaSultan Perak menolak pembubaran Dewan Undangan Negeri. Ini menyebabkan rakyat memberontak dan kecewa sehingga tercetus berbagai insiden yang tidak diingini. Bagai sudah ditakdirkan pilihanraya kecil DUN Changat Jering yang diharapkan bila ADUN kawasan terbabit iaituOsman Jailu keluar dari PKR dan menyokong BN. Peristiwa ini amat mengecewakan rakyat Perak hingga membawa kepada pengambilalihanKerajaan Negeri Perak itu sendiri. Mungkin sudah rezeki rakyat Perak, akhirnya berlaku juga pilihanraya kecil di kawasan DUN terbabit bila ahli parlimen Bukit Gantang, Roslan Shahrum dari PAS meninggal dunia yang akhirnya membawa kepada pilihanraya kecil kawasan itu semalam (7 April 2009). Mungkin, inilah yang dikatakan takdir penentu segalanya, manusia hanya merancang tetapi Allah yang menentukan. Mahu atau tidak, UMNO dan Barisan Nasional terpaksa berhadapan juga secara "anak jantan" dalam pilihanraya kecil yang amat mereka takutkan itu. Ramai yang percaya, jika pilihanraya kecil negeri Perak diadakan sudah pasti UMNO dan BN akan "bungkus", tambahan pula undi popular yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 dulu melebihi 40 ribu undi. Ini bermakna, sememangnya majoriti rakyat Perak menyokong pembangkang dan bukannya UMNO atau BN.
Dek kerana kuasa dan disokong pula dengan perlantikan Dato' Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak ketika itu. Maka akhirnya berlakulah juga pertukaran kerajaan yang tidak melalui prosedur yang sepatautnya. Menteri Besar Ir.Nizar akhirnya dihambat dari pejabatnya, rumah kediaman MB dan dilarang memasuki Dewan Undangan Negeri hingga membawa kepada persidangan bawah pokok yang pernah diilhamkan oleh Tan Sri P.Ramlee dalam filem"Laksamana Do Re Mi"nya suatu ketika dulu. Peristiwa bersejarah ini mengejutkan seluruh dunia dan bukan sahaja di Malaysia. Rakyat Perak bertambah simpati bila Menteri Besar Perak yang baru, Dr.Zamberydilantik tanpa perletakan jawatan secara sah MB Ir.Nizar. Akhirnya berlakulah pergolakan politik yang tiada berpenghujungnya di negeriPerak Darul Ridzuan. Semua ini sebenarnya menambahkan lagi simpati rakyat kepada Ir.Nizar Jamaluddin. Mungkin sudah rezeki beliau, akhirnya dirinya terpilih sebagai calon PAS untuk kerusi DUN Bukit Gantang selepas itu. Ramai yang mahukan beliau berhadapan dengan Dr.Zambery di pilihanraya kecil itu. Namun akhirnya Ismail Safian dipilih oleh BN.
Dan kini seantero dunia sudah pun mengetahui bahawa calon PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin akhirnya menang. Beliau menang dengan majoriti 2,789, bila mendapat 21,860 undi, calon BN Ismail Safian 19,071 undi dan calon bebas Kamarul Ramizu Idrus hanya mendapat 62 undi sahaja. Sesungguhnya kemenangan ini jelas sekali membayangkan bahawa rakyat sememangnya telah menolak UMNO dan Barisan Nasional. Perlantikan Dato' Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia sedikit pun tidak memberi impak yang besar kepada pengundi-pengundi di Bukit Gantang. Malah kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ke kawasan terbabit biarpun dihadiri lebih 3,000 penyokong sedikit pun tidak mempengaruhi para pengundi di kawasan terbabit. Kemenangan Ir.Nizar ini sungguh mengejutkan UMNO dan Barisan Nasional. Malu besar dibuatnya tatkala Perdana Menteri baru, akan mengumumkan barisan kabinetnya selepas ini. Malah kemasukan semula Mahathir ke dalam UMNO langsung tidak memainkan peranan untuk mengalih perhatian rakyat terhadap UMNO. Tindakan PM Najib Razakdan MB Dr.Zambery yang memohon restu daripada rakyat Perak atas"rampasan kuasa" yang berlaku sebelum ini, mungkin menjadi penyebab rakyat melihat mereka bersalah dan akhirnya mengajar BN.
[Biarpun ramai penganalisis politik kerajaan yang mengampu dalam ulasan mereka tentang kekalahan BN ini, namun rakyat lebih mengetahui hakikat sebenarnya. Malah dalam ulasan menerusi RTM malam tadi, salah seorang penganalisis politik iaitu Profesor Madya Adzmi Hassan (foto) secara jelas menyatakan kononnya kemenangan PAS dengan tidak mendapat undi majoriti 10% sebenarnya tidaklah hebat. Malah katanya Ir.Nizar sepatutnya menang dengan majoriti lebih besar jika beliau benar-benar hebat katanya. Malah calon BN, Ismail Safian langsung tidak popular jika dibandingkan dengan Ir.Nizar. Bahkan beliau turut menyatakan bahawa kemenangan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undibukanlah bermakna suara rakyat Perak secara keseluruhannya. Inilah alasan dangkal seorang yang bergelar "Profesor Madya" dalam membuat analisis kemenangan Pakatan Rakyat ini. Beliau seboleh-bolehnya tidak mahu Pakatan Rakyat dikatakan kuat atau diterima rakyat. Baginya UMNO dan BN tetap diterima oleh sekalian rakyat di Malaysia ini]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan