Calon PKR di Penanti : Dr. Mansor Osman

Sah! Mansor Osman calon PKR di Penanti

PETALING JAYA: Sah! Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr. Mansor Osman akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mewakili Pakatan Rakyat.

Mansor merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pulau Pinang.

Ia diumumkan oleh Anwar di Yayasan, Aman, Penanti di bahagian Permatang Pauh sebentar tadi.

Turut hadir pada majlis pengumuman nama bakal calon itu ialah Ketua Menteri merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Anwar berkata, lewat petang semalam beliau telah mengadakan pertemuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang turut dihadhiri oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

"Mereka telah dimaklumkan mengenai cadangan calon Keadilan dan memberi perakuan untuk sama-sama membantu kempen PRK DUN Penanti kelak," kata dalam blog beliau.

Mansor, 56, merupakan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau merupakan antara pesaing utama untuk menjadi calon PKR pada pilihan raya kecil berkenaan.

Difahamkan, Mansor menjadi pilihan utama memandangkan beliau tidak dicalonkan mewakili PKR sebagai senator oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Mansor pernah bertanding di peringkat DUN ketika pilihan raya umum Mac 2008.

-mstar.com.my-

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan