Setahun PAS memerintah bersama DAP dan PKR di negeri Perak atas nama Pakatan Rakyat, amat terkesan sekali apabila beberapa pimpinan bukan Islam DAP dan PKR mula membeli al Quran terjemahan lalu membaca dan mengkajinya, membaca sejarah dan sirah Rasulullah saw dan juga para sahabat r.anhum.
Lima prinsip yang menjadi teras kerajaan PR di Perak iaitu Keadilan, Amanah, Kebajikan, Ketelusan dan Kewibawaan diulas dan dikupas oleh mereka befrdasarkan ayat-ayat al Quran dalam menghuraikan prinsip-prinsip tersebut. Ada yang membaca ayat tersebut dalam bahasa Arab walaupun pelat.
Saya sering dirujuk oleh mereka untuk bertanya maksud dan huraian ayat-ayat yang akan dibaca oleh mereka. Dengan maksud, tujuan dan harapan semuga pintu hati mereka terbuka satu hari nanti kepada Islam, saya terus memberi panduan dan tunjuk ajar kepada mereka. Mereka bersemangat untuk membaca dan menghafalnya, saya tuliskan dalam versi rumi dan ajar mereka supaya menutur dengan betul, memang tak faseh, sebab mereka Cina dan India, mereka cuba juga membacanya.
Ini yang dipertikai oleh ulama dan orang-orang UMNO, kata merka DAP baca Quran tak betul tajwid, makhraj dan fasohah. Memang la tak faseh. Orang Jawa bila baca Quran nampak sangat pelat Jawanya, begitu juga Banjar, UMNO lebih-lebih lagi la. Ini pula orang Cina. Sepatutnya kita berdoa semuga dengan cara ini akan terbuka hati mereka untuk menerima Islam sebagai anutan mereka. Kalau satu hari ini Cina Perak dan Malaysia masuk Islam, kira orang Melayu tak akan rugi, yang rugi mungkin UMNO, sebab bila mereka masuk Islam, PASlah yang mereka akan sertai bukan UMNO. Akhirnya UMNO akan dihantar ke kubur.
Kalau kita baca sejarah hidup tokoh-tokoh ternama dunia, sebelum mereka masuk Islam, al Quran itulah yang dikaji dan dibaca. Maryam Jameelah, seorang Yahudi. Berbulan-bulan berdialog dengan Maududi mengenai Islam, al Quran itulah yang dirujuknya, akhirnya Maryam Jameelah menjadi seorang Muslimat yang cukup baik. Begitu juga Cat Steven, penyanyi rock yang masuk Islam, mulanya juga dengan Al Quran yang dibaca dan dikaji. Akhirnya menjadi Yusuf Islam yang akhlak dan amalannya jauh lebih baik dari ulama-ulama UMNO.
Sahabat-sahabat kita di Malaysia yang lain seperti Ust Ridhuan Tee Abdullah (Pegawai Penyelidik IKIM), KY Tiang Abdullah (Pegawai Khas MB), Ann Wan Seng, Kamal Koh Abdullah, Ust Ravi Abdullah (kini penceramah terkenal), Ust Husein Yee (Pendakwah bebas terkenal) dan lain-lain. Cuba tanya mereka, mengapa mereka tertarik dengan Islam?. Saya percaya antaranya mereka tertarik dengan kandungan dan cara hidup yang digambarkan oleh Al Quran.
Rakan-rakan PAS yang bukan Islam dari DAP dan PKR sudah ada kecenderungan untuk membaca sejarah Islam, membaca pemikiran politik Islam, Undang-undang Islam, membaca apa itu dosa pahala, syurga neraka, malahan boleh tahu apa itu munafik, syirik dan beberapa istilah yang lain. Masing-masing di kalangan mereka berlumba-lumba untuk memahami Islam dan akan menyampaikan pada orang ramai tentang Islam yang mereka fahami. Kecenderungan untuk cuba memahami Islam sudah ada, tinggal lagi belum dapat hidayah dah inayah. Kita sepatutnya mendoakan supaya mereka diberi petunjuk oleh Allah swt.
Sekarang mulut-mulut mereka cukup senang untuk menyebut Alhamdulillah, Insya Allah, Masyallah, Innalillah........., Subhanallah, Allahu Akbar dan sebagainya. Saya percaya mereka tidak bermaksud untuk menyenda dan menghina. Malahan mereka juga memulakan ucapan dengan memberi salam kepada orang ramai. Saya tidak nampak ucapan itu bertujuan untuk menghina. Mereka tahu, itu ucapan yang baik bagi mendoakan kesejahteraan sesama saudara, jadi mereka juga fikir nak memberi ucapan yang baik dan mulia ini.
Dalam ucapan mereka, saya tidak pernah mendengar ucapan secara terbuka mahupun tertutup (dalam mesyuarat bersama) ada yang membuat kenyataan yang mempertikaikan ajaran dan hukum hakam Islam. Berbeza dengan MCA dan MIC yang terang-terang memberi gambaran buruk mengenai Islam yuang diperjuangkan oleh PAS. Mereka memberi gambaran sokong PAS atau memenangkan PAS dalam pilihanraya bermakna orang Cina akan dipaksa bersunat, dipaksa masuk Islam, potong tangan kalau mencuri, rejam, sebat 100 kali, tokong dan kuil akan diroboh dan sebagainya. Bukan sahaja MCA dan MIC, malahan pemimpin UMNO sendiri memberi gambaran yang lagi dahsyat tentang PAS dan perjuangannya.
Ada pemimpin bukan Islam PKR mengaitkan yang mereka umpama Abu Talib (bapak saudara Nabi) yang mempertahankan Islam yang di perjuangan oleh anak saudaranya Rasulullah saw. walaupun akhir kalamnya tetap tidak Islam, mereka pun begitu, mengambil semangat Abu Talib dengan mempertahankan perjuangan Islam PAS walaupun masih belum beriman.
Semuga hubungan yang terjalin ini akan mengukuhkan perpaduan dan menyemai bibit dakwah dan hidayah kepada teman-teman kita yang belum Islam. Semuga mereka diberi taufik dan hidayah oleh Allah swt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan