KUANTAN - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) diminta menyiasat laporan berkenaan dengan kes seorang perempuan Melayu yang dikatakan telah bersekedudukan dengan seorang lelaki bangsa Cina hingga melahirkan dua orang anak dekat sini. Kejadian itu dipercayai telah berlarutan sejak sekian lama, namun tidak ada pihak-pihak tertentu yang tampil dan berani untuk membuat laporan. Wanita terbabit adalah dipercayai pernah bertugas sebagai Pengawai Perhubungan Pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan "dangdut". Namun selepas itu beliau dipercayai telah berkerja dengan lelaki Cina terbabit yang dikenali adalah merupaka pemilik bangunan kedai di Jalan Rusa berhadapan dengan restoran Taj Point dekat sini. Wanita itu merupakan pemegang kunci bangunan tersebut dan beliau juga menginap disitu. Mereka dipercayai telah bersekudukan tanpa "nikah" sejak beberapa tahun yang lalu hingga melahirkan anak. Orang ramai yang berada di kawasan berkenaan tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka pasangan terbabit sudah berkahwin secara sah. Justeru itu, adalah diharapkan agar pihak berkuasa dan jabatan ugama dapat membuat pemantauan akan perkara ini. Kita tidak mahu orang Melayu yang kononnya beragama Islam diperlakukan sewenang-wenangnya oleh bangsa lain seperti itu. Kami amat kecewa dengan senario ini.
[Banyak lagi kejadian seperti ini sebenarnya berlaku di bandar ini, bahkan di merata ceruk negara. Cuma terkadang ia di pandang sebelah mata oleh pihak yang berkenaan. Jika adapun laporan yang berkaitan, pasti akan ditutup begitu sahaja oleh pihak berkuasa setelah ada unsur "rasuah dan habuan" diberikan. Jika beginilah keadaannya, maka rosaklah imej Islam Hadhahri di Malaysia ini. Jika ada laporan seperti ini sila emailkan kepada pihak kami untuk didedahkan kepada semua pembaca budiman.]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan