Kaldai Penanti Minta Dicuci Bontotnya

Akhirnya setelah berteka-teki secara amalan demokrasi sepatutnya, YB Fairus dikatakan telah meletakkan jawatan TKM1 serta kerusi ADUN Penanti. Desas-desus perletakan jawatannya bertiup kencang baru-baru ini walaupun cerita buruk tentangnya mengaung baunya seketika setelah memegang jawatan TKM1.

Ada beberapa teori yang kununnya YB Fairus telah menjadi mangsa politik dalaman atau pun satu konspirasi telah dirancang menjatuhkannya. Konspirasi memang suatu yang amat lazat dalam politik Negara kita. Ada ketikanya ia hanya sebagai modal kedai kopi sementara menunggu kering dasar cawan air yang diminum.

Namun merujuk kepada kes YB Penanti ini, kita sebenarnya menerima banyak perkhabaran melalui media bebas internet. Kita tidak sahaja menerima bulat-bulat tanpa membuat pengkajian dan pengesahan dari pelbagai sumber. Lebih kurang macam kerja wartawan juga lah. Namun tidak lah seperti wartawan arus perdana atau media elektronik yang dicekup telur. Mereka umpama kaldai yang dipimpin sahaja.

Manakala kita pula menggunakan seluruh ruang dan saluran maklumat yang ada, dari turun ke kawasan pengundi (rakan atau musuh politik) sehingga lah kepada jentera yang mendokongnya. Manakala latarbelakang beliau dalam silat gayung juga menjadi sumber menganalisa cerita dan perkhabaran yang diterima.

Setelah pengumuman perletakan jawatan dengan bukti bertulis dikemukakan oleh Speaker Pulau Pinang YB Halim, dan disahkan oleh Timbalan Pengerusi SPR Pulau Pinang yang mengatakan terpulang kepada SPR Pusat untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan pilihanraya, makanya 75% kita yakin akan ada prk Penanti.

Sebaliknya, di dada akhbar, PM Najib dan kuncu-kuncunya telah memainkan isu betapa prk ini suatu yang merugikan rakyat dan negara. Dalam akhbar itu kemudiannya didedahkan betapa begitu banyak wang dihabiskan untuk satu-satu prk dengan sebahagian besar ditelan oleh PDRM! Kita pun pelik juga, kenapa pehak polis menggunakan begitu banyak peruntukan sedangkan tidak perlu mereka menurunkan begitu banyak anggota sepertimana dalam prk Kuala Terengganu, Permatang Pauh dan Bukit Selambau. Mungkinkah ia menjadi saluran untuk pemimpin Umno dan pegawai polis membuat untung besar? Haha…..kita saja tanya jer. Memang itu lah sebenarnya yang terjadi…….

Dari pengalaman kita, keselamatan sudah cukup dengan sedikit tambahan anggota PDRM serta unit keselamatan setempat seperti Pertahanan Awam dan wataniah. Bukannya ada pergaduhan atau pergelutan berdarah seperti yang PDRM takutkan. Dari apa yang kita amati darah tertumpah ialah kerana asakan ganas serta kelakuan keanjingan yang ada pada unit LSF/FRU PDRM. Kalau tidak kerana keangkuhan PDRM yang membawa jatidiri Umno di dalamnya, prk Bukit Selambau tidaklah BN kalah dengan undi yang bertambah.

Beberapa malam lalu, DS Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin PKR mengadakan taklimat kepada petugas dan pegawai parti di Yayasan Aman Permatang Pauh. Intipatinya, beliau meminta semua jentera pelbagai peringkat bersedia untuk menghadapi pilihanraya kecil Penanti. Dari pengamatan kita, ternyata beban yang ditanggung DS Anwar Ibrahim bukan kepalang dahsyatnya. Dari lenggok bahasa serta bunga cerita, mereka yang memahami apa yang tersirat sudah tentu faham dan akur dengan apa yang terjadi serta kesan dari nya. Tidak timbul isu konspirasi atau fitnah atau memburuk-burukkan YB Fairus. Diri sendiri yang buruk dikatakan orang menabur fitnah. Sudah tidak tahu menari, lantai dikata jongkang jongket.

Melalui pembacaan, perbincangan kedai kopi, pengesahan cerita dan pengisahan dari akar umbi, memang benar ujudnya masalah dalam batang tubuh YB Fairus. Secara mudahnya, dikatakan yang YB ini hebat dan galak di pentas ceramah. Setakat itu sahaja kehebatannya terserlah. Lain dari itu kantul!Quackkkkkkkkkkkkkk.

Ada pun keperibadian yang dibawanya di khalayak berakar dari sikapnya semasa persekolahan juga. Lantaran itu kita harus membentuk keperibadian anak kita supaya berjaya dan berguna di kemudian hari. Fairus adalah kalangan yang suka ponteng kelas. Ini bersumber dari rakan-rakan persekolahannya. Memang mereka seronok dan bangga dengan  pencapaian Fairus. Akan tetapi apabila terdedah kelemahan yang terus dibanggainya, mereka terus saja membuka sejarah silamnya.

Memang bermasalah jika, pada tahap pembentukan awal keperibadian sudah tertanam bibit-bibit negatif sebegitu. Secara terbuka kita menerima betapa ponteng sekolah ini sebenarnya biasa sahaja, hatta kita sendiri pun pernah ponteng barang sehari dua. Namun sekiranya kita dicop kaki ponteng atau ketagihan ponteng, maka itu memang ada masalah. Kegagalan memahami peri penting pelajaran di saat usia memerlukannya akan terbawa-bawa dalam kehidupan menilai sesuatu di alam dewasa.

Penyakit kaki ponteng ini sama dengan penyakit kaki temberang. Atau setengahnya kaki pembelit mahupun kaki pembelot. Mereka biasanya bermasalah. Namun pada kadar manusia ini, biasanya akan ada alasan yang mulus-mulus sebagai hujah menegakkan ‘kebenaran’ benang basah mereka. Namun seperti kata pepatah Cina- untuk menutup satu pembohongan akan tercipta sembilan pembohongan yang lain pula. Quack!

Dalam kes Fairus ini, selain dari masalah semasa pembentukan peribadi semasa sekolahnya, ia juga membawa resam tidak baik itu sehingga ke alam dewasa. Perguruan silat mengesahkan yang Fairus ini memang kaki ponteng. Ada dua helah yang sering pula digunanya tatkala hadhir dalam mesyuarat-mesyuarat penting. Pertamanya ialah menyahut seruan semulajadi untuk ke tandas. Aktiviti kencing ini memang tuntutan yang tidak boleh dielakkan, namun kalau kerap kali sangat atau pada ketika yang penting, ia lebih kepada kaki ‘kencing’ yang bidalan bahasa katakan. Bagi yang berpenyakit dengan pundi kencing atau dewasa dikatakan ‘besiarq’.

Keduanya ialah melayan panggilan telefon. Walaupun tidak ada panggilan yang dibuat kepadanya, maka YB kita akan set kan telefon agar berdering supaya ada laluan untuk ia mengundurkan diri demi (kununnya) melayan panggilan yang maha penting. Namun tindakan menjawab panggilan itu terpilih-pilih pula. Ada satu riwayat mengatakan yang pada satu hari panggilan diterima dari Datin Seri Wan Azizah telah tidak dijawabnya, malah disuruh pembantu menjawab dengan memberi alasan dia sedang sibuk!

Bayangkan perwatakan beliau berhadapan dengan panggilan dari Presiden parti sendiri dengan sikap beliau kemudiannya apabila berhadapan dengan penduduk dan pengundi. Maksudnya, jika panggilan dari presiden partinya sendiri tidak dijawab sebaliknya menyuruh PA sahaja yang melayan, apa jaminan ia akan berbakti kepada penduduk hatta menjawab panggilan telefon mereka? Apatah lagi untuk turun ke padang beramah tamah dan memahami masalah rakyat. Quack…quack.

Sebenarnya terlalu banyak untuk diperkatakan tentang masalah jatidiri YB Fairus ini. Ia melibatkan pelbagai aspek yang seterusnya memberi impak atau kesan negatif kepada parti dan jentera di bawahnya. Hablumminannas dia tersangkut. Terbarai. Kantoi. Ia gagal berfungsi dengan baik untuk mendokong kerajaan Pakatan Rakyat. Ia tidak bermanafaat seperti sepatutnya untuk pengundi, organisasi, sebagai pemimpin negeri mahupun parti. Ia kelihatan lebih menghampiri ciri-ciri pemimpin Umno.

Memang lah ini bukan kerja seronok atau berlaku atas dasar konspirasi sebagaimana yang menimpa DS Anwar Ibrahim. Sentimen serta keputusan yang akhirnya menyebabkan Fairus berundur ini bercambah benih serta subur atas sikap YB Fairus sendiri. Kata orang tua-tua, kadok naik junjong. Kadok merasakan dirinya amat tinggi di atas sana sehingga melupakan langsung akan peranan dan harapan junjung yang memberikan keutuhan dan kekuatan kepadanya yang asalnya lembik sahaja.

Ini juga bukan soal buka pekung di dada, akan tetapi soal kenapa manusia bergelar pemimpin membiak serta menyuburkan pekung di dadanya. Kuasa di tangan wajib disempurnakan hak nya. Bukan setakat nak pakai Mercedes TKM sahaja. Beringatlah wahai YB-YB Pakatan Rakyat yang ada memegang amanah rakyat ketika ini. Kemenangan yang diberikan diiringi seribu harapan untuk membuat perubahan dari corak kepimpinan rejim Umnobn. Bukannya untuk memakai acuan mereka laksana siput yang menukar cengkerang! Jangan kata pehak BN, kami sendiri pendokong PR yang akan menjatuhkan kamu.

Orang yang berkata buruk tentangnya bukan setakat musuh politik, malah rakan sekelambu juga terasa akan jeliknya perangai beliau sehinggakan enam orang PA dikuisnya ke tepi begitu sahaja. Begitu juga maklumbalas yang kita dapat dari pegawai kerajaan yang nutral, yakni tidak berpihak kepada politik. Dalam keadaan serba keliru dan serba tak kena ini yang berpunca dari kesalahan sendiri, YB Fairus dikatakan telah mengeluarkan ancaman betapa pehak pkr mesti membersihkan dirinya dalam tempoh dua minggu. Auw… ini sudah kes berat.

Ini betul-betul sikap seekor kaldai yang mahukan orang lain mencuci bontotnya setelah merata ia taburkan ‘baja asli’ tanpa meminta pandangan atau mendengar  teguran dari pemimpin atasan. Namun untuk membersihkan dirinya kunun, ia meminta kepimpinan parti mencuci namanya dengan nada mengugut. Penama nih??

Adakah sesiapa yang sanggup mencuci bontot kaldai?

Quaacckkkk………

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA 
 

- Mi Itik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan