Masjid dijadikan tapak pembuangan najis oleh Kerajaan BN

Muhammad Arif Ismail 
SUNGAI BULOH, 21 April (Hrkh)
 - Dalam era pemerintahan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Khir Toyo, satu projek pembangunan dan menjadikan tapak masjid sebagai tempat pembuangan najis telah diluluskan.

Pekara ini ditegaskan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Dr. Syafie Abu Bakar ketika ditemui selepas melancarkan penubuhan al Hidayah, rumah anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin dekat sini, 18 April lalu.

"Kerajaan Negeri bakal membayar balik kepada pemaju tersebut dan kami akan mengambil alih pembinaan masjid baru serta masjid yang sedia ada sekarang dijadikan rumah anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal, al Hidayah.

"Kerana projek pembangunan pangsapuri itu terletak dalam tanah masjid dan Kerajaan Negeri melalui agensi seperti Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) akan menguruskan pembinaanya semula," katanya.

Menurut beliau, ahli jawatankuasa mahu tapak masjid lama dikekalkan dan meminta Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mempercepatkan pembinaan masjid baru memandangkan jumlah jemaah yang semakin meningkat.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kepada anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal serta membuat lawatan ke tapak Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh.

Menurut seorang penduduk, Md. Nor Sapari, 48, masjid yang hendak diganti itu dengan tempat kumbahan najis merupakan perbuatan yang menghina kita sebagai orang Islam yang berjemaah di masjid itu.

"Pada ketika itu, baginda merupakan Raja Muda Selangor dan merasmikan masjid ini pada tahun 1967. Perbuatan yang menukarkan taraf masjid kepada tapak pembuangan najis sememangnya tidak boleh diterima oleh semua orang Islam," katanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan