Mohd Saiful Bukhari Azlan Saman Dan Menuntut Ganti Rugi RM2 Juta Dari Pahang Daily Online Berhubung Dengan Enam Artikel Panas !!

 
SHAH ALAM [4.35 pm] - Pihak kami amat terkejut dengan berita terbaru yang diterima oleh krew kami sebentar tadi, berhubung dengan "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan menfailkan saman fitnah dan menuntut gantirugi sebanyak RM2 juta berhubung dengan enam artikel yang disiarkan di blog ini yang kononnya menfitnah beliau. Kami difahamkan writ saman telah difailkan oleh peguamnya iaitu Zamri Idrus diMahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi. Pihak kami amat terkejut dengan tindakan itu, namun satu persoalan yang timbul ialah Saiful sebenarnya menyaman siapa?. Ini kerana blog Pahang Daily Online bukanlah beroperasi secara sah dan didaftarkan dengan mana-mana pertubuhan di negara ini. Blog ini adalah bersifat bebas dan berkecuali serta tidak terikat dengan mana-mana pihak. Cuma kami banyak memaparkan serta membahaskan isu-isu panas berkaitan politik tanah air sejak mula beroperasi. Kami tidak mempunyai premis yang tetap dan sebagainya. Krew-krew kami juga berada dimana-mana dan menjalankan tugas secara sukarela tanpa kekangan dari mana-mana pihak. Justeru itu, kami juga hairan kenapa Saiful beriya-iya benar ingin menfailkan tindakan saman terhadap blog ini. Walhal, jika beliau membicarakan soal maruah dan harga diri, kenapa beliau tidak menyaman "fitnah yang paling nyata" terhadap beliau yang dibuat oleh Dr.Mohamed Osman, Hospital Pusrawi serta lain-lain media arus perdana yang telah menyiarkan laporan perubatan beliau dulu?. >> Blog Saiful

Bukankah ia boleh dikategorikan sebagai 
"fitnah" kerana Saiful mengatakan beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim. Kenapa tidak disaman sahaja pihak-pihak terbabit jika Saiful benar-benar ingin berbicara soal maruah dan harga diri. Justeru itu kami menantikan tindakan selanjutnya untuk memantau perkara ini. Memandangkan buat masa ini kami mempunyai ramai editor dan krew yang bergerak aktif secara online buat masa ini. Disamping itu juga, Saiful juga harus pandai membezakan"pandangan peribadi", "analisis" dan "fitnah". Kami tidak menghalang beliau masuk ke blog ini, tetapi ini adalah hak peribadi kami. Samalah juga Saiful tuduh Anwar liwat dirinya, Anwar mencabar beliau dan membuat laporan polis beliau difitnah. Tetapi satu pun kertas siasatan tidak dibuka oleh pihak polis. Kenapa bila Saiful buat laporan polis, begitu"pantas seperti kilat" mereka membuat siasatan. Bukankah ada"something wrong" dan "keistimewaan" buat Saiful. Kenapa bila krew kami di Kuantan yang disiasat polis iaitu Blogger Cucumatkilaumembuat laporan polis Saiful pula menfitnah blog ini, pihak polis "diam membisu"? Dimanakah keadilan sebenarnya dalam kes seperti ini? Bukankah ini membuktikan ada sesuatu yang tersirat sebenarnya !

[Pihak kami menasihatkan semua krew blog ini yang berada di seluruh Malaysia agar dapat bersabar dengan dugaan dan rintangan ini. Itu adalah hak dan tanggungjawab Saiful untuk menyaman blog ini kononnya menfitnah beliau. Tetapi beliau tidak berani untuk menyaman fitnah yang dibuat oleh doktor dan hospital Pusrawi itu kerana beliau tahu jika tindakan itu dibuat sudah pasti beliau akan kalah. Tambahan pula banyak bukti-bukti kukuh termasuk laporan perubatan yang telah dikeluarkan dan bakal menjadi bukti penting. Ini bermakna Saiful akan menyaman pihak-pihak yang beliau fikir tidak mempunyai cukuo senjata untuk menentang beliau di mahkamah. Termasuk juga dengan Anwar Ibrahim itu sendiri, beliau yakin akan menang kerana Anwar pasti gagal mengemukakan bukti yang kukuh atas kes ini. Persoalannya jika Saiful orang yang jujur dan benar, kami pula mencabar beliau sekali lagi menyaman Dr.Mohamed Osman dan Hospital Pusrawi yang lebih jelas menfitnah beliau].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan