Rombakan Umno negeri diumum Jumaat ini?

 Abdul Rahim Sabri 
Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang pertama selepas pemilihan pucuk pimpinan Umno hujung bulan lalu, akan diadakan Jumaat ini.

Menurut laman rasmi Umno, mesyuarat tersebut akan berlangsung di Tingkat 39, Menara Dato' Onn mulai jam 3.15 petang.

Dalam mesyuarat tersebut, Presiden Umno yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan beberapa perubahan kepimpinan Umno di peringkat negeri.

mat isa sabu md isa sabuMenteri Besar Perlis, Datuk Dr Md Isa Sabu (foto) dijangka dilantik sebagai ketua perhubungan Umno negeri yang baru, menggantikan bekas menteri besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Manakala di Kedah, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin dijangka dilantik menggantikan bekas menteri besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai ketua perhubungan Umno negeri.

mukhriz mahathirAhli Parlimen Jerlun, yang juga timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Datuk Mukhriz Mahathir (foto) pula dijangka dilantik sebagai timbalan ketua perhubungan Umno negeri.

Serah jawatan

dr zambry abd kadir perak new cm bn 050209Malaysiakini juga difahamkan, Najib pula akan menyerahkan jawatan ketua perhubungan Umno Perak kepada menteri besar BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (foto).

Jawatan tersebut kini dipegang oleh Najib dan timbalannya ialah Menteri Pertahanan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Manakala bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka dikekalkan memegang jawatan ketua perhubungan Umno Pulau Pinang.

raja nong chik raja zainal abidinDi Wilayah Persekutuan pula, menteri barunya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (foto) dijangka dilantik sebagai ketua perhubungan baru, menggantikan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang tidak dilantik semula.

Najib sendiri dijangka mengambil alih jawatan ketua perhubungan Umno Selangor daripada Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang juga tidak dilantik semula menganggotai kabinet barunya.

mustapa mohamedDatuk Mustapa Mohamed (foto) pula dijangka dilantik menggantikan Datuk Seri Annuar Musa sebagai ketua perhubungan Umno Kelantan.

P'raya kecil Penanti

Mustapa dilantik sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri dalam senarai kabinet baru Najib.

Selain itu, mesyuarat MT Jumaat ini juga dijangka membincangkan saranan Najib mengenai kemungkinan BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, Pulau Pinang.

Sabtu lalu, Najib yang juga perdana menteri dilaporkan berkata BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihanraya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.
   
Sehubungan itu, Najib berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan MT dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu.
 
mohammad fairuz khairuddin mohammad fairus khairuddin
Pilihanraya kecil DUN Penanti bakal diadakan selepas bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin (foto) meletak jawatan sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Mohammad Fairus, 32, yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, berkata langkah beliau itu adalah bagi membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan