Sasterawan negara Sifatkan Najib Altantuya Apungkan Slogan Memakan Diri

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said melihat usaha Najib Razak mengapungkan pelbagai slogan khususnya Satu Malaysia sebagai memakan diri pentadbiran Perdana Menteri Baru.

Slogan berkenaan lebih banyak menimbulkan tandatanya mengenai keikhlasan kerajaan baru serta persoalan lain yang gagal diperjelaskan secara meyakinkan kepada rakyat Malaysia.

"Banyak slogan-slogan semenjak Perdana Menteri baru mengambil-alih, banyak slogan-slogan tertentu yang diapungkan untuk memberi gambaran bahawa pentadbiran baru ini samasekali lain idealnya daripada pentadbiran yang sudah," kata A.Samad.

"Tapi ternyata slogan baru itu sendiri sedang agak berkecamuk dan orang mula mempertanyakan sejauh mana inti daripada semboyan yang dikemukakan itu adalah satu inti disedari atau diyakini. Sebab yang sedang bercelaru sekarang ialah One Malaysia itu yang menurut opposisi adalah bayangan daripada Malaysian Malaysia dan tidak dapat diperjelaskan dengan baik walaupun sekarang ada beberapa instrumen kerajaan untuk menjelaskan tetapi penjelasan itu bukan semakin menjelaskan, (sebaliknya) semakin mengeruhkan," tambahnya.

Sasterawan Negara ini akur komen terbarunya sekali lagi akan mengundang tuduhan kononnya beliau diperalatkan oleh parti pembangkang. Namun menurut A.Samad tuduhan itu tidak memberi sebarang kesan terhadap beliau.

Katanya jika diperalatkan seseorang itu tidak berada di dalam keadaan sedar tetapi jika seseorang itu di dalam kesedaran, ia bukan diperalatkan tetapi dimenafaatkan.

"Mereka boleh berkata apa saja, yang tahu diperalatkan atau tidak hanya diri saya sendiri, jadi saya tidak terganggu lansung," jelas A.Samad lagi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan