|
"Ini satu kenyataan yang bagi saya tidak menampakkan fungsi SPR, malah ia mengkhianati amalan demokrasi,"ujar Anuar ketika dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.
Mengikut amalan, setiap ahli yang melepaskan jawatan walau dengan apa sebab sekalipun, satu pilihan raya kecil perlu diadakan untuk mengisi kekosongan itu, katanya.
Malah sebelum ini dalam kes-kes perletakan jawatan termasuk dalam beberapa wakil BN seperti Dato' Sharir Samad, Abu Hassan Omar dan beberapa ahli lain tidak pernah 'kondisi' ini dipertikaikan, katanya.
Akhirnya hari ini SPR menyatakan cadangan yang bersifat mengampu dan tidak menepati amalan demokrasi, katanya.
"Itu menafikan hak rakyat, hanya tidak boleh buat pilihan raya kecil apabila 'period' Dun atau Parlimen melepasi waktu yang telah ditetapkan sahaja," katanya.
Mengulas mengenai komentar BN menyatakan PRK satu pembaziran beliau melihat ianya hanya satu kenyataan retorik BN yang takut dengan kekalahan berganda.
"Mereka lagi banyak bazirkan wang rakyat, bila pilihan raya mereka himpunkan polis untuk takutkan rakyat, mereka gunakan wang rakyat untuk menangggung kos perbelanjaan polis, jentera kerajaan yang lain yang hanya untuk berkempen bagi pihak Umno/BN sahaja," katanya.
Jika alasan ini digunakan, sebenarnya BN tertekan dan tidak mampu menghadapi penentangan rakyat yang hari ini menolak BN dalam semua PRK yang mutakhir ini,tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan