|
Bagaimanapun katanya, terpulanglah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat pilihan mana-mana pimpinan yang dirasakan mampu untuk menerajui parti.
"Syura adalah jalan terbaik. Dalam memilih pemimpin, kalau boleh dibuat secara syura itu lebih baik, tapi jika tak boleh, kenalah buat pemilihan,"jelasnya mengulas tentang pemilihan pucuk pimpinan parti dalam Muktamar Agung PAS yang akan berlansung tidak lama lagi.
Dalam pada itu, Ustaz Hashim juga menasihatkan ahli-ahli PAS agar tidak terpengaruh dengan permainan media yang cuba melaga-lagakan antara pimpinan PAS.
"Dalam PAS tidak ada puak-puak tertentu. Ada orang cuba lagakan Presiden dengan Mursyidul Am, ada yang menyebut tentang kumpulan Erdogan dan sebagainya, ini adalah mainan pihak media.
"Jadi, ahli PAS janganlah terpengaruh dengan isu yang cuba dimainkan ini. Pemilihan dalam PAS bukannya macam dalam Umno. Sekarang ni bulan April, Muktamar pula bulan Jun, tak sampai dua bulan pun.
"Kita dalam PAS ni masih bercakap tentang keterbukaan, siapapun boleh bertanding jawatan parti. Tapi kalau dalam Umno masa inilah mereka dah sibuk berkempen,"ujarnya.
Mengulas lanjut, Ustaz Hashim mahu setiap ahli PAS bersikap bersih hati dengan menyokong siapa sahaja yang dipilih dalam pemilihan parti di semua peringkat.
"Bagi yang tidak terpilih pula janganlah berkecil hati. Ruang untuk bekerja di dalam jemaah begitu luas. Jangan jadikan kekalahan di dalam pemilihan untuk meminggirkan diri dari kerja-kerja jemaah," serunya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan