10 Perkara BN Takut Bubar DUN Perak

Salam Sejahtera, 
 

Aku just nak ringkaskan point penting,pepandai hampa nak kupas la ya pasal aku pun macam rakyat lain juga merasakan UMNO ZAMBRY & UMNO NAJIB takut nak bubar DUN Perak kerana beberapa alasan seperti Di bawah:- 

  
1.UMNO/BN Takut KALAH lebih banyak daripada 28 kerusi yang ada sekarang,kerusi 3 si katak lompat lagi teruk...nak lagi teruk BN letak calon yang melompat-lompat tuh.

2.UMNO/BN Takut makan diri dengan isu rampas kuasa apabila PR akan guna kempen Mahkamah Tinggi membuat keputusan mengikut Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.Mereka boleh nafi tapi bak kata Dr Tan Seng Giaw MP Kepong dalam HUJAH TV9,BN cakap macam-macam "maklumlah kerana lidah tidak bertulang"

3.UMNO/BN Takut isu derhaka akan balik kepada mereka,yang pastinya rakyat Perak lebih mengetahui isu Tan Sri Ghazali Jawi tahun 1974 krisis Perlembagaan juga apabila pertembungan Almarhum Sultan Idris dengan UMNO,Pemuda UMNO dll.

4.UMNO/BN Takut kerana rakyat semakin bersimpati dengan Y.A.B MB Nizar apabila SUK dok jerkah ikut sedap mulut kat MB yang menambahkan lagi kemarahan terutamanya akhbar cina yang membuat kupasan nyata situasi berikut.

5.UMNO/BN Takut pada laporan intelligence yang telah memberi maklumat mereka tidak akan memenangi kerusi DUN Perak lebih daripada 28 kerusi.

6.UMNO/BN Takut untuk berkempen dengan segala kesilapan dalam rampasan kuasa kerana akan makan diri seperti isu tanah,isu penderhakaan,isu penipuan & lain2.

7.UMNO/BN Takut dihukum teruk oleh rakyat Perak akibat proses "peruntukan" bantuan serta kekeliruan rakyat mengenai masalah pembangunan negeri tidak terlaksana teratur akibat krisis perlembagaan yang BN sengaja cari pasal menyusahkan secara total rakyat Perak.

8.UMNO/BN Takut jika berlaku pembubaran DUN,semangat serta jentera PR akan tertumpu daripada seluruh Malaysia ke Perak.Perkara ini juga merisaukan BN kerana semangat petugas PR tidak seperti mereka yang bekerja hanya untuk wang.

9.UMNO/BN Takut kepada undi senyap rakyat serta undi cina serta india yang secara total dapat dijangkakan akan terarah mengundi PR.

10.UMNO/BN Takut malu besar bila mereka mengatakan rakyat Perak gembira BN mentadbir semula di Perak,sekiranya kuasa Allah BN kalah teruk & PR menguasai kerusi lebih daripada yang sedia ada sekarang ini bermakna rakyat Perak tolak mereka bukan hanya 8 Mac 2008 bahkan sehingga PRU 13 InsyaALLAH mereka belum mampu menghidu kemenangan dengan apa yang mereka lakukan sejak awal Februari 2009.kemaluan mereka akan semakin membesar dan terus membesar. 

TURUNKAN HARGA GAS MEMASAK & TARIFF ELEKTRIK SEGERA !!! 

 Aloha2 - Malaysia Biz

http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan