|
Surat tersebut dihantar oleh Ketua Pemuda PAS Perak Zawawi Hassan kepada Ketua Pemuda Umno Perak yang beralamat di Tingkat 5, Bangunan UMNO Perak, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, Ipoh.
Pemuda PAS Perak sedar kestabilan, suasana harmoni dan aman setelah selesai pilihan Raya Umum ke-12 tahun lepas dan juga kemampuan seluruh jentera pentadbiran kerajaan berfungsi dengan lancar telah hancur akibat usaha yang tidak bertamadun dan juga rampasan kuasa yang telah menjadi drama dan tontonan seluruh dunia dalam Negeri kita ini.
Menurutnya, kekalutan yang telah berlaku hingga meningkatkan ketegangan dan perasaan tidak selesa di kalangan rakyat serta terheretnya pihak Istana, kakitangan awam dan juga Badan Bukan Kerajaan yang telah ditaja untuk menunjukkan suasana yang tidak tenteram sepanjang Pakatan Rakyat (PR) memerintah.
"Di atas faktor tersebut, saya dengan rendah diri mengusahakan pertemuan ini seperti kehendak majoriti rakyat yang telah membuat keputusan semasa PRU-12 tahun lepas mesti dilakukan segera," katanya
Pertemuan ini adalah penting jika pihak ketua Pemuda Umno Perak benar-benar ikhlas dan bertanggungjawab untuk memelihara keharmonian dan kesejahteraan negeri ini.
Pemuda PAS Perak Pihak akan menunggu persetujuan dan penetapan tarikh, masa dan tempat bila-bila masa sahaja daripada pihak Pemuda Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan