| Tiga pekerja terbunuh, termasuk mayat yang ditemui hari ini, di bangunan lama pusat membeli-belah Jaya Supermarket yang ranap apabila operasi meruntuhkannya bertukar tragedi petang semalam. Dua berjaya dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital dalam tempoh dua jam pertama selepas tragedi. Sementara empat lagi baru dikesan - tidak jauh dari mayat ketiga - walaupun belum berjaya dikeluarkan, lapor laman web Star Online. Dua mayat ditemui menjelang jam 7 petang semalam di bawah runtuhan bangunan yang pernah menjadi mercu tanda daerah Petaling Jaya. Bangunan berusia 35 itu yang pernah menempatkan pusat membeli-belah dan beberapa kedai ditutup Februari tahun lepas sebelum pemilik baru ingin membina bangunan baru di atas tapak yang sama. -malaysiakini- |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan