Muktamar PAS 55 : Mat Sabu Sudah Hantar Jawaban Kesediaan Untuk Bertanding

KURANG 18 jam sebelum tawaran penerimaan untuk bertanding jawatan dalam muktamar Pas minggu depan, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu (foto) telah pun menghantar surat jawaban menyatakan kesediaan menerima tawaran bertanding sebagai timbalan presiden Pas.

Mohamad Sabu yang dihubungi petang tadi menjelaskan beliau telah pun menjawab surat tawaran kepada jawatanuasa pemilihan yang beliau akan bertanding semalam. Esok akan diketahui apakah Nasharudin Mat Isa dan Husam Musa yang layak bertanding akan menentukan apakah mereka akan bertanding atau tidak.

Nasharudin yang memegang jawatan itu kini hampir 99 peratus akan mempertahankan jawatan berkenaan memandangkan pencalonan yang beliau perolehi menggalakkan. Pencalonan diperolehi Nasharudin mengatasi pencalonan diraih Husam.

Sementara dikatakan Husam masih lagi membuat perkiraan hingga ke saat-saat akhir sebelum mengumumkan keputusannya besok sama ikut bertanding atau pun hanya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden.

Sekiranya Husam juga menyatakan persetujuan bertanding ini bermakna petandingan tiga penjuru akan berlaku sekaligus menjadi perebutan jawatan timbalan presiden sengit.

Mat Sabu ketika ditanya mengenai kemungkinan akan berlaku kompromi antara beliau dengan Husam seperti mana diura-urakan, menjelaskan tidak ada kompromi bagi pihak saya. "Saya tetap akan bertanding dan saya tidak akan undur," jelasnya.

Penegasan Mat Sabu itu dibuat sebanyak tiga kali kepada blog ini dan menunjukkan beliau konsiten sejak awal lagi. Tokoh Pas yang berjiwa rakyat marhaen itu menyifatkan dirinya sebagai traktor tidak ada berek yang sedang menuruni bukit di mana ia tidak mungkin akan dapat dihentikan lagi.

Sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru untuk jawatan itu dijangka ia memberi laluan mudah kepada Nasharudin Mat Isa untuk mengekalkan jawatan berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan