Nizar vs Zambry : ADUN PR NAK MASUK umNO LAGI?????

Antara berita angin yang hangat dibisikkan kepada saya ialah berita 2 ADUN PR akan menyeberang ke BN. Berita ini bukan baru tersebar di kalangan pengundi Perak khasnya. Ia berita lama yang diulang bicara bersempena dengan kemenangan Zamri sebagai MB mahkamah setelah sekian lama menumpang di SUK sebagai MB Istana.

Saya sangat pasti berita ini datang dari kalangan umNO. Ia merupakan harapan yang begitu tinggi dari mereka setelah melihat 3 ekor katak yang kini seperti makhluk asing di Perak bersama mereka. Katak yang hanya boleh digunakan untuk memancing haruan di paya. Katak itu disangkut di pin dan kail...dicampak berkali kali hingga mati.... kalau sempat..haruan akan menyambar ketika masih hidup... walaupun katak itu sakit..mungkin dia bangga apabila melihat haruan memburunya... sangkanya haruan tertawan..rupanya haruan nak membahamnya.... melalut pasal katak plak...

umNO khususnya Zambry sangat berharap agar ada lagi ADUN yang akan menyeberang ke BN. Beliau mahu menunjukkan kepada istana, beliau mempunyai sokongan dan kerajaan yang stabil yang tak memerlukan DUN dibubarkan... Beberapa nama sampai ke pengetahuan umum... yang pastinya bukan dari kalangan PAS! mereka tahu..kalau namakan ADUN PAS tentu orang akan tolak mentah mentah! 
Ia juga sebagai senjata agar timbul sifat mencurigai sesama kompenan Pakatan Rakyat..AWAS!!!

Apa yang berlaku adalah seumpama cerita penipu yang tertipu dengan cerita tipunya sendiri... saya masih ingat ketika mendengar ceramah Allahyarham ustaz Fadzil Nor sekitar tahun awal 90 di Kg Melayu Ipoh... ceritanya begini...

Ada seorang budak penipu menyebarkan cerita kononnya raja akan datang solat jumaat di masjid. Siapa yang soalt akan diberi duit. Cerita itu tersebar seluruh kampung . Budak itu sungguh bangga kerana cerita bohongnya tersebar dan dipercayai. Pada hari jumaat yang dinyatakan , maka ramailah orang kampung datang solat jumaat. Budak tadi bertanyakan orang kenapa ramai datang solat?? jawapan yang diterima ialah sultan akan membahagikan wang. Budak tadi mula percaya cerita tipunya jadi nyata. Maka beliau pun turut sama menanti kedatangan sultan...sayangnya itu hanya cerita tipu yang direkanya sendiri.. 
tertipulah budak itu dengan cerita tipunya sendiri....

Saya yakin 
semua ADUN PR mahupun umNO telah melihat kesan pengkhianatan yang diterima oleh tiga ekor katak sebelum ini. Mereka tahu bahana dan akibat yang diterima bukan hanya diri mereka , malah seluruh keluarga dan mungkinketurunan. Paling jelas...apa yang diterima katak Changkat Jering dalam P raya lalu. Apakah mungkin ada lagi ADUN yang sanggup memperjudikan nasib mereka dengan nilai harta dan tawaran dari umNO. Lebih malang lagi jika akhirnya DUN terpaksa dibuabrkan...pastinya mereka langsung tiada nilai harga bagi umNO apatah lagi PR...

Walau apapun... PR tidak boleh melihat isu ini dengan senang hati sebagaimana bersukaria meraikan Datuk Nasa masuk PKR seketika dulu. Umum mengetahui umNO sanggup melakukan apa sahaja untuk kepuasan citarasa politik mereka. Andai sesama mereka ada yang pernah berbunuh... apalah sangat nilai nyawa dan ketenteraman rakyat. Politik ancam dan culik bukan budaya baru umNO... apapun kita mesti terus waspada!
http://anaksengat.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan