Jawapan bagi soalan tersebut ialah, kita perlu menyelamatkan Zambry disebabkan hadis ini, kerana Nabi Muhammad SAW sendiri yang menyuruh.
Bantulah saudara kamu yang melakukan kezaliman, dan mereka yang dizalimi. Baginda SAW ditanya : “Bagaimanakah kami membantu orang yang menzalimi? Baginda SAW menjawab : “Sekatlah ia daripada melakukan kezaliman” (Jami’ Saghir : 2738)
Sekiranya Zambry itu dizalimi, maka bantulah beliau daripada terus dizalimi. Sekiranya beliau yang melakukan kezaliman, maka bantulah dengan menyekat kezaliman yang dilakukan. Sekiranya Nizar itu dizalimi, maka bantulah beliau daripada terus dizalimi. Sekiranya beliau yang melakukan kezaliman, maka bantulah dengan menyekat kezaliman yang dilakukannya.
Inilah sebab kenapa kita perlu membantu menyelamatkan beliau. Selain itu, saya cuba mengingatkan kepada seluruh rakyat Perak tentang erti kesabaran. Kesabaran yang tinggi ialah tidak mendoakan keburukan dan kecelakaan kepada beliau, walaupun kita mampu untuk berbuat demikian.
Lihatlah apa yang dilakukan oleh Baginda SAW setelah pulang dari Thaif. Ketika di Thaif, beliau dilempar dengan batu oleh masyarakat di sana, najis dan sebagainya. Tetapi apabila malaikat datang kepada Baginda SAW, malaikat tersebut bertanya “Adakah engkau ingin aku terbalikkan bumi Thaif?” Baginda SAW berkata “Jangan berbuat demikian, cuma aku berdoa agar generasi mereka akan menerima Islam”.
Saya mengajak semua supaya mencontohi akhlak Baginda SAW ketika dizalimi. Doakanlah supaya Zambry diberi hidayah oleh Allah SWT. Ataupun kita berdoa supaya Allah SWT memberi kemenangan kepada Islam. Tidak kiralah sesiapa pun yang membawa Islam. Kalau Baginda SAW pun boleh bersabar dengan penghinaan sedemikian, kita ini baru sekelumit.
Adakah dengan ujian yang sedikit ini kita sudah mengeluh? Ketika di Thaif, Baginda SAW dilemparkan batu, sehingga berdarah. Termasuk kanak-kanak dan kaum wanita, turut sama menghina Baginda SAW. Kita hari ini baru sedikit untuk dibandingkan. Maka, pesananku kepada pembaca budiman, bersabarlah dengan tiga benda.
Iaitu bersabar dengan ujian, bersabar untuk meneruskan perjuangan dan bersabar dalam menghadapi musuh.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan