ONE MALAYSIA : ANTARA IMPIAN DAN BUANG MASA



Isu One Malaysia ini sudahpun hampir lapuk dan tidak dibualkan sangat. Memandangkan gimik Najib ini agak membosankan, maka ia hanya ditayang sekerat dua minit sahaja. Kalau sebelum ini, Pak Lah terkenal Glocal, Islam Hadhari dan sebagainya. Manakala Najib hari ini pula bangga seorang diri dengan istilah One Malaysia nya.

Kalau sebelum ini, terdapat sebuah gambar Zambry mendukung seorang anak Bangsa India kononnya menerima perbezaan bangsa. Tetapi dia tidak sudi untuk mendukung anak orang Cina, mungkin kerana tidak se”patern”. Ini hanya sekadar gurauan sahaja. Cuma apa yang hendak disebutkan hari ini, adakah One Malaysia akan mengulangi sejarah Islam Hadhari Pak Lah?

Antara sejarah pempopularitian Islam Hadhari, ia dilihat sebagai satu tema yang membuang karan sahaja. Sepertimana yang saya ketahui, perancangan untuk pelaksanaan Islam Hadhari ini, memakan masa 2 tahun untuk penerangan sahaja. Tetapi setelah dua tahun, Pak Lah pun turun, dan langsung tidak disua oleh Najib pada hari ini.

Bahkan Najib pula membawa istilah baru, iaitu One Malaysia. Islam Hadhari hanya tinggal angan-angan yang tidak kesampaian, bahkan Pak Lah sahaja yang dilihat memperjuangkan tema tersebut seorang diri bersama beberapa kerat orang-orangnya. Menteri-menteri lain merasa muak dengan penggunaan “Islam”.

Persoalannya, adakah One Malaysia pun akan mengulangi sejarah Islam Hadhari? Adakah One Malaysia juga akan terkulai sebagai angan-angan Najib? Adakah perjuangan mempopularkan One Malaysia ini hanya diperjuangkan oleh Najib seorang diri, dan beberapa kerat orang-orangnya sahaja? Maka, jawapan saya.. “kita tengok nanti…”. Saya tidak pandai melihat masa depan, cuma andaian sahaja.

Hari ini, Najib dilihat sebagai orang yang suka berjalan-jalan di merata-rata tempat dengan diiringi pegawai polis. Beliau cuba mempopularkan dirinya sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat. Beliau juga kerap menasihatkan menteri-menterinya supaya “turun padang”, dan sebagainya. Namun, entah kenapa, nasihatnya semacam tidak laku sahaja.

Adakah ini juga sebahagian agenda “One Malaysia”? Entahlah. Namun, saya harapkan agar ia bukanlah agenda politik semata-mata. Atau sekadar angan-angan sebelum tidur atau hanya membuang masa. Hari ini heboh isu tentang Chin Peng. Mungkin kali inilah Najib perlu memperkasakan teknik rebonding One Malaysia yang dicanai olehnya.

One Malaysia juga akan lebih dikenali sebagai One UMNO sekiranya tersalah teknik rebonding. Bahkan ia akan lebih dikenali sebagai One Najib sekiranya hanya beliau sahaja yang mempraktikkannya konon sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat. Pemimpin berjiwa rakyat boleh ditiru dengan pengamalan Tok Guru Nik Aziz sendiri. Inilah nasihatku walaupun beliau tidak membaca artikel ini.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan