IPOH: Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya mempunyai dua agenda apabila ia bersidang semula Khamis ini di sebalik krisis politik yang menghantui Perak sejak awal Februari lalu.
Selain ucapan diraja Raja Muda Perak Raja Nazrin Sultan Azlan Shah, sidang dijangka memberi tumpuan ke atas dua usul yang berkaitan dengan kedudukan Speaker, kata Speaker DUN, V. Sivakumar.
"Setakat ini saya cuma ada dua usul iaitu pertamanya untuk menyingkirkan Speaker dan kemudian melantik Speaker yang baru," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Bagaimanapun beliau enggan menyatakan pendiriannya tentang dua usul tersebut sama ada menerima atau menolaknya.
Malah beliau juga enggan menyatakan apa-apa apabila ditanya mengenai susunan kedudukan anggota DUN kali ini.
Tinjauan di DUN selepas sidang media itu mendapati kedudukan masih seperti sebelum sesi sidang lalu ditangguhkan November lalu.
Bagaimanapun papan tanda nama Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Menteri Besar Kudeta, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir tidak kelihatan.
Krisis politik Perak bermula 5 Februari lalu dengan menyaksikan kerajaan negeri berubah tangan daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional (BN) hasil dari satu rampasan kuasa oleh pemimpin BN yang menyaksikan kebangkitan rakyat semakin membenci BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan