Ahli Dewan Undangan Negeri, Drs Idham Lim berkata pihak istana bersetuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat demi kestabilan politik dan masa depan negeri Perak. Beliau berkata semasa mengiringi Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah telah meluahkan hasrat baginda untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat. "Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat. BN meletakkan orang yang haram jadi Speaker.Sidang hari ini tiada dan tidak sah. "Pada hakikat ada persidangan, kerana perintah awal tidak diikuti maka kami menghormati perintah Speaker. Bagaimana hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas. DUN Perak telah dilacur dengan begitu dasyat dengan kerja yang keji dengan menggunakan orang luar. "Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi. "Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina dewan cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun.Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah," kata Idham dalam blognya. |
Kemana Arah Politik Perak Selepas Ini
Setelah selesai titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah dengan menggunakan pembesar suara dan kata baginda "beta hendak bersalam dengan semua ADUN". Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh Menteri Besar pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan kemudiannya dilikuti oleh ADUN BN. Raja Nazrin sesudah itu meninggalkan majlis dengan diiringi oleh Datuk Seri Nizar dan difahamkan Exco Kanan Datuk Ngeh Koo Ham juga dipanggil mengadap dikamar diraja.
-TVantara.com.my-
Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata beliau akan mengadap Sultan Azlan Shah dalam masa terdekat untuk memohon perkenan bubarkan DUN Perak. Beliau berkata dalam sidang akhbar sebentar tadi hubungan beliau dengan pihak istana adalah baik dan akan menggunakan keakraban ini untuk memohon mengadap bagi mendapatkan perkenan Sultan membubarkan DUN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan