Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini V. Sivakumar berkata mana-mana media yang telah dihalang untuk masuk DUN diminta untuk membuat permohonan bertulis di Pejabat Speaker, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Permohonan boleh dibuat mulai 9.00 pagi pada 4 Mei 2009.
Arahan beliau meliputi semua media cetak dan elektronik.
"Saya membuat ketetapan bahawa semua pihak media dibenarkan masuk untuk membuat liputan persidangan Dewan Negeri Perak pada 7 Mei 2009.
"Semua media termasuk Saya akan mengeluarkan surat kebenaran kepada media-media mengikut pertimbangan saya. Di sini, saya menggunakan Perintah-perintah 84 yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Negeri untuk mengeluarkan kebenaran am kepada wakil mana-mana jurnal menghadiri persidangan dewan .
"Perintah-perintah tetap ini juga membolehkan Yang Dipertua Dewan untuk membatalkan kebenaran yang diberi. Arahan ini dikeluarkan untuk menjamin prinsip-prinsip demokrasi dan kebebasan media.
"Rakyat harus mengetahui apakah yang berlaku dalam persidangan secara telus. Tidak ada sebab untuk menghalang mana-mana media untuk membuat liputan. Rakyat berhak mengetahui segala gerak-geri wakil rakyat mereka di dalam Dewan Undangan Negeri," tegas beliau.
-TVAntara.com.my-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan