| Hafiz Yatim |
| Anak lelaki Raja Petra Kamaruddin hari ini menukar pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam dan meminta dibicarakan atas empat tuduhan mencuri serta memiliki barang curi. Dia diwakili oleh J Chandra dan Amarjeet Singh Sidhu - peguam yang sama mewakili bapanya, penulis blog terkemuka, Raja Petra. Ekoran itu, Majistret, Norkamilah Aziz menetapkan kes itu didengar mulai 14 September depan. Menurut peguamnya, Raja Azman akan ditahan reman sehingga perbicaraannya kerana gagal membayar ikatjamin RM10,500. Raja Azman ditahan remah sejak 6 Mei lalu. Dia mengaku bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 19 Mei lalu. -malaysiakini- |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan