Isu Manohara DAn Tengku TT : Luka di dada akibat pisau cukur kening

Manohara Odelia Pinot mendedahkan lebih terperinci bagaimana kesan-kesan luka di dadanya muncul yang didakwa dilakukan oleh suaminya sendiri, Tengku Temenggong Kelantan.

Bekas model muda itu, yang bergelar Cik Puan Temenggong Kelantan, berkata kejadian itu berlaku April lalu menggunakan pisau pencukur kening tetapi beliau "tidak mampu bergerak atau menjerit" untuk membantahnya, lapor harian
Jakarta Globe minggu lepas.

"Perkara yang paling sukar tentang (kejadian) ini adalah saya sedar ia terjadi, saya boleh rasa, tetapi saya tidak mampu bergerak atau menjerit.

truth appeared pix manohara odelia pinot indonesia model with time stamps 230409"Saya tidak tahu apakah yang beliau berikan kepada saya," katanya.

"Saya boleh nampak, mendengar beliau, menghidu bau beliau, merasai beliau.

"Saya boleh rasa kesan luka di badan saya. Ia menyakitkan. Dengan kesakitan fizikal itu, saya tidak begitu kisah."

Apabila ditanya lagi tentang jawapannya itu, Manohara mendakwa suaminya Tengku Muhammad Fakhry Petra melakukan sebanyak tiga kali.

"Kali pertama ia mengguris saya dengan (membuat) satu tanda kecil X di kawasan dada saya. Dan paling teruk mengenainya (perbuatannya) adalah beliau tidak menorehnya dengan pantas atau apa-apa.

"[Beliau] hanya mengambil masanya, (membuat begitu) perlahan-lahan. Beliau kelihatan tenang seperti biasa.

"Ia seperti anda memberi seseorang sebatang berus cat dan memberitahunya agar melukiskan sekuntum bunga.

"Ia mengambil masa lebih 20 minit," jelas wanita 17 tahun itu dalam
wawancara eksklusif dengan akhbar itu, Jumaat lalu.

Tengku Muhammad Fakhry minggu lalu
menafikan dakwaanmendera isterinya dan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Manohara dan ibu mertuanya Daisy Fajarina yang membuat dakwaan tersebut, sejak April lalu.

Kenalan dekat putera raja itu Mohd Soberi Shafii selama ini sering menafikan tuduhan-tuduhan terhadap Tengku Muhammad Fakhry.

Peguamnya Mohd Haaziq Pillay enggan memberikan sebarang ulasan kepada
Jakarta Globe, dengan berkata aduan polis telah difailkan berhubung dakwaan-dakwaan tersebut.

Dalam wawancara yang sama, Manohara mengakui Tengku Muhammad Fakhry sangat baik kepadanya, "seorang yang sangat manis dan budiman" sehingga sanggup menerima undangannya ke Malaysia bagi kali pertama - sebelum perkahwinan - walaupun mendakwa pernah diperlakukan secara negatif oleh putera Sultan Kelantan itu sebelumnya.

Diminta mengulas sama ada kerabat istana Kelantan bertindak menindas, wanita muda itu juga berkata Sultan Kelantan "seorang yang sangat baik" dan kebanyakan mereka pernah membantunya dan sangat mesra terhadapnya.

manohara odelia pinot tengku fakhry kelantanManohara bagaimanapun mendakwa beliau rasa "terperangkap" dalam perkahwinan mereka tetapi, secara psikologi, cuba menafikannya.

Katanya lagi, beliau mula menyedari sikap suaminya apabila menyuruhnya tidur di atas lantai kerana enggan melayannya pada malam pertama dengan alasan beliau (Manohara) tidak menganggap dirinya sebagai seorang isteri.

Manohara menambah, beliau telah cuba melepaskan diri daripada suaminya tetapi gagal, antaranya kerana pasportnya diambil pihak lain dan seorang pemandu istana enggan membawanya ke lapangan terbang apabila pasport itu pernah berada di tangannya.

Ditanya sama ada semua tuduhannya kepada putera raja itu sebahagian taktiknya untuk mencari publisiti bagi menaikkan namanya dalam industri hiburan Indonesia, Manohara berkata:

"Kalau begitu, ini bererti [kerabat istana Kelantan] sebahagian perancangan itu.

"Kami tidak boleh ke (istana) Kelantan dan berkata 'hey, bolehkah anda menculik saya, dan berpura-pura mendera saya, dan kemudian bebaskan saya?' Saya tidak nampak (tuduhan dalam soalan) itu masuk akal."

Tambahnya, beliau mempunyai bukti berhubung dakwaannya didera dan doktor juga mengesahkannya.

"Saya ada parut di merata badan, dan kesan jarum di bahagian belakang saya. Ini semua bukti tetapi (masih ada) orang tidak mempercayainya," Manohara dipetik berkata.

Beliau menegaskan hasratnya untuk terus bergiat dalam bidang peragaan dan industri hiburan, apatah lagi banyak tawaran diperolehinya sekarang.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan