Isu Manohara Dan Tengku TT :Tengku TT balas tuduhan isteri

Jimadie Shah Othman
Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra akan membuat mengambil tindakan balas terhadap isterinya Manohara Odelia Pinot dan ibu mertuanya atas dakwaan memfitnah.

"Kita akan buat laporan polis dan ambil tindakan undang-udang kerana memfitnah Tengku TT (Tengku Temenggong).

"Kita cuma sedang tunggu masa sahaja untuk siapkan dokumen (berkaitan)," kata sahabat karibnya Mohd Soberi Shafii.

Ahli perniagaan itu menambah, Tengku TT sedang mencari dua peguam yang sesuai dari kedua-dua negara bagi memfailkan saman terhadap Cik Puan Temenggongg Kelantan.

"Kita yakin berada di pihak yang benar. Kita tidak perlu 16 peguam seperti Manohara dan ibunya Daisy," kata Mohd Soberi kepada
Malaysiakini lewat petang ini.

Selasa minggu lalu, Tengku Temenggung Kelantan memberikan tempoh tujuh hari kepada Manohara bagi mengemukakan bukti penderaan yang didakwanya atau bakal menghadapi tindakan undang-undang.

Manohara dan ibunya Daisy Fajarina juga dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kesemua dakwaannya yang dibuatnya sejak hujung April lalu.

Bagaimanapun, setelah tempoh seminggu itu tamat semalam, amaran putera ketiga Sultan Kelantan itu tidak dilayan.

Hari ini, media Indonesia melaporkan terdapat foto-foto yang menunjukkan kesan tersebut, selain pemeriksaan perubatan yang menyokong dakwaan Manohara didera.

Media republik itu juga melaporkan Manohara membuat aduan polis terhadap Sultan Kelantan, Raja Perempuan Kelantan dan Mohd Soberi, selain suaminya sendiri.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan