TAK PAYAHLAH SPR, SEBAB NAJIB PERCAYA PADA SISTEM

Di bawah ialah petikan Berita Harian selepas pilihanraya Penanti.

"Ini rekod terburuk dalam sejarah pilihan raya negara ini dan SPR akan mengkaji punca peratusan keluar mengundi yang amat rendah walaupun kami sudah membuat pelbagai kempen bagi menggalakkan orang ramai menunaikan tanggungjawab mereka dalam memilih wakil rakyat”.

SPR tak perlulah susah-susah nak buat kajian tentang peratusan keluar mengundi yang amat rendah itu, tetapi tanyalah Najib, Presiden UMNO. Tanyalah Najib, Presiden BN. Tanyalah Najib Perdana Menteri.

SPR pula tak perlulah jadi bodoh untuk memahami. Benda-benda mudah begini tak perlu buat kajian. Nanti nak buat kajian, guna duit kerajaan. Najibkan tak suka membazir. Sebelum Najib marah pada SPR membazirkan duit kerajaan, maka eloklah SPR jangan buat kajian.

Lagi pun tak perlu di kaji, puncanya sudah jelas iaitu Najib. Najib, UMNO/BNlah yang menyebabkan peratus itu rendah.

Kepada pembangkang, soalan cepu mas yang boleh ditanya diparlimen ditujukan kepada SPR ialah mengenai hasil kajian pilihanraya di Penanti, dan kita lihat apa Speaker, Najib dan menteri-menterinya nak jawab.

Nak kaji apa lagi?. Bukankah Najib mengatakan ahli UMNO/BN jika mengundi mereka pembelot dan penderhaka parti!. Itulah jawabnya wahai SPR.

Muramatsu
UK

01.06.2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan