Usaha memomokkan Pemuda PAS

"Suatu aliran tren yang konservatif dijangka bermula dalam sayap Pemuda PAS kerana Ketua Pemudanya yang baru adalah seorang ulama yang berimej jubah dan janggut manakala Timbalannya juga seorang ulamak dan seorang penternak kambing yang agak berjaya.".

Demikianlah pembukaan artikel kolmnis Joceline Tan dalam akhbar The Sunday Star hari ini di bawah tajuk:

PAS Youth set to go conservative

Bagi saya yang membaca saya melihat artikel ini cuba menggambarkan yang Dewan Pemuda PAS telah kononnya jatuh ketangan mereka yang kolot yang tidak mampu meneruskan usaha engagement yang kononnya hanya dipelopori oleh kelompok-kelompok yang tertentu dalam PAS.

Jubah, serban dan janggut serta kelayakan sebagai ulamak menggambarkan kekolotan dan satu langkah kebelakang, sesuatu yang bakal merugikan dan menggagalkan PAS dalam usaha politiknya. Benarkah begitu?

Agaknya penulis lupa bahawa PAS selama ini dipimpin oleh orang yang berjubah, berserban dan berjanggut sehingga membawa PAS keperingkat pencapaian yang ia ada pada hari ini dan melahirkan ramai barisan profesional yang tunduk dan komited pada perjuangan parti. Bukankah Presiden PAS dan Mursyidul Amnya memiliki imej demikian, gagalkah PAS?
Mungkin penulis tidak kenal PAS sebenar-benarnya atau hanya mengenali orang-orang tertentu dalam PAS.

PAS adalah sebuah parti Islam yang berjuang untuk memartabatkan dasar dan prinsip Islam walau ia dipimpin oleh sesiapa sekalipun. Sesiapa jua yang berpegang kepada prinsip dan dasar perjuangan Islam wajib bangkit mempertahankannya dan bekerja sehingga ia berjaya. Politik Islam tidak bertenggek pada dasar matlamat menghalalkan cara. Jalan dan laluannya telah terang terbentang di hadapan, dan para pemimpinnya wajib mengikuti jalan dan laluan itu bukan sebaliknya.

PAS bukan lagi PAS kalau agenda Islam digadaikan semata-mata kerana mahu popular atau mahu berpaut pada kuasa. Sikap yang teguh dan tidak berubah-ubah pada pendirian inilah menyebabkan PAS kekal berada pada landasan ini sehingga hari ini.

PAS tidak akan menutup mata, sebelah atau dua belah apabila berhadapan dengan isu yang membabitkan prinsip. Kerana itu walau ia sebahagian dari kerajaan di Selangor Pemuda PAS bangkit menentang konsert maksiat, walau PAS terlibat dalam penganjurannya Pemuda PAS bangkit menentang Curberator Dung apabila berlaku aksi lucah dan melampau.

Apatah lagi dalam isu-isu yang membabitkan aqidah dan perundangan Islam.

Tidak kiralah siapa yang menerajui Pemuda PAS atau PAS Pusat sekalipun, samada mereka berjubah,berserban, berjanggut atau tidak, syaratnya mereka mesti taat dan berpegang teguh kepada prinsip dan dasar perjuangan Islam yang dibawa PAS yang diwarisi turun temurun dari Baginda Rasulullah saw.

Pemuda PAS saya yakin alan melangkah ke hadapan tanpa teragak-agak, gagah dan taat memikul dan menjunjung amanah perjuangan Islam. Kata Joceline:
"The direction he (Nasruddin) takes may take the wing forward or backwards". Disaat Islam ditinggal, dipinggir atau diubah-ubah termasuklah diliberal atau dimoderatkan menurut kesesuaian ketika itulah Pemuda dan PAS akan terlontar ke belakang dan mengundang murka Allah. Tetapi berpedomankan Kepimpinan Ulamak insyallah Pemuda dan PAs akan selamat dan terus mengorak langkah maju ke hadapan, biar syahid ataupun kemenangan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan