Adnan Ibrahim | |
Sebagai langkah supaya tidak mengelirukan satu Malaysia dan rakyat didahulukan maka sebaiknya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Dr Rais Yatim patut menukar nama siaran langsung Parlimen kepada siaran ulasan langsung Parlimen. Siaran langsung dari Parlimen pada pukul 10.00 pagi setiap kali ada persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Parlimen disiar melalui televisyen saluran RTM1 bermula selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008. Walaupun bekas Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek cuba membuat perubahan siaran televisyen RTM dengan mengadakan siaran langsung Parlimen selama satu jam tetapi siaran soal jawab di Dewan Rakyat dan Dewan Negara itu disiar hanya 30 minit dan selebihnya 30 minit lagi ulasan daripada Ahli Parlimen terpilih. Sejak Rais ambil alih kementerian tersebut, siaran tersebut bertambah 'double standard'. Rakyat hanya boleh melihat dan mendengar menteri menjawab pertanyaan sedangkan apabila sampai kepada soalan tambahan terutama daripada pembangkang siaran tersebut beralih kepada ulasan Ahli Parlimen yang dijemput khas di studio RTM di Parlimen. Malah ada sampai kepada peringkat rakyat yang mengikuti siaran tersebut di televisyen tidak memahami apa yang menteri jawab di Parlimen kerana siarannya melompat-lompat. Kejap di Dewan Rakyat, sekejap ulasan Ahli Parlimen di studio. Rakyat yang mengikuti siaran Parlimen menjadi bingung kerana sikap berat sebelah keterlaluan Rais terhadap pembangkang. Rakyat diutamakan menjadi mangsa Rais. Oleh sebab itu Rais perlu tukar nama siaran tersebut supaya tidak menambah kekeliruan rakyat terhadap sistem Parlimen dan demokrasi. Perkara ini turut dibangkit oleh Ahli Parlimen Sri Gading, Dato' Mohamad Aziz dari Umno semalam, katanya sebelum soal jawab Dewan Rakyat bermula: Saya difahamkan, Tuan Yang di-Pertua, siaran langsung TV1 ini sekarang ia secara berpilih-pilih setengah jam itu. Sampuk Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dari DAP katanya: Pembangkang langsung tidak ada." Tambah Mohamad: Saya difahamkan secara berpilih-pilih. Saya mendapat SMS (sistem pesanan ringkas) daripada rakyat tidak perlu saya jelaskan siapa, ada dua tiga SMS. "Dia kata sudah tidak seronoklah. Biarlah macam yang lepas juga iaitu pada permulaan, daripada awal hingga pukul 10.30 pagi. "Kalau ada pergaduhan dan sebagainya biarlah rakyat menilai. Itulah sifat pembangkang, dia suka menghentam dan sebagainya. Penilaiannya kepada rakyatlah. Jadi, tidak perlulah RTM merasa bimbang apa-apa. Ini pandangan sayalah, Tuan Yang di-Pertua, daripada hasrat rakyat. Kulasegaran juga mengambil kesempatan membangkitkan perkara tersebut katanya: Saya berpendapat apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sri Gading itu ada kena kerana baru-baru ini saya difahamkan bila pembangkang sedang berucap tiba-tiba dia pergi kepada interviu. "Jadi, kami dapat banyak laporan di mana... "There must be more openness" dalam Parlimen dan RTM, bukan satu konsep One Malaysia ini apa maknanya?" -harakahdaily- |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan