Tuesday, July 7, 2009 SAUDI Kerjasama dengan MOSSAD
SEMAKIN hari, semakin aneh tindak-tanduk Arab Saudi. Negara tempat dilaksanakannya ibadah haji ini baru-baru ini dilaporkan mempunyai hubungan khusus dengan agen perisikan Israel, Mossad. Menurut laporan Satu Umat hari ini.
Menurutnya, awal tahun ini, Meir Dagan, ketua Mossad sejak tahun 2002, sudah menjalin perbincangan dengan pemerintah Saudi untuk membangun landasan terbang untuk Israel. Dagan meyakinkan perdana menteri Benjamin Netanyahu bahawa Saudi tidak keberatan sama sekali akan proposal ini. Akhbar-akhbar Israel melaporkan pegawai tinggi Israel, seperti Ehud Olmert, ikut terlibat dalam perbincangan dengan keluarga kerajaan Saudi, walaupun laporan ini dibantah oleh Saudi.
Sebuah sumber diplomatik mengatakan Saudi bersetuju bekerjasama dengan Israel demi kepentingan jangka panjang Saudi yang sedang membangunkan kekuatan ketenteraan. Bahkan sejak awal-awal lagi Saudi menjalin hubungan kerjasama dengan AS. Mossad dipercayai berada di belakang semua kerjasama Saudi-Israel ini. John Bolton, mantan duta besar AS untuk PBB yang baru-baru ini mengunjungi Saudi, mengatakan bahawa sangat mungkin dan masuk akal bagi Israel menggunakan Saudi sebagai base pangkalan tenternya. “Keduanya (Israel dan Saudi) tidak akan mengkhabarkan apa-apa kepada umum.” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan