UBN Najib Altantuya: Inkues : DNA tidak dikenali pada tubuh Teoh

Muhammad Arif Ismail

SHAH ALAM, 30 Julai (Hrkh) - Prosiding perbicaraan inkues kematian pembantu exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock yang diadakan di Mahkamah Majistret disini semalam ditangguhkan kepada 5 Ogos ini.

Penangguhan ini dilakukan bagi membenarkan wakil peguam pemerhati keluarga Teoh dalam inkues, Gobind Singh Deo dan Sankara Nair, kerajaan negeri Selangor dan Majlis Peguam meneliti beberapa dokumen yang berkaitan dengan kematian pembantu exco itu.

Permohonan penanguhan ini dibenarkan oleh Koroner, Azmil Muntapha Abad dan menetapkan pada tarikh itu sama ada dokumen berkaitan dengan kematian Teoh boleh diberikan.

Menurut Gobind Singh Deo, ketika ditemui pemberita pada jam 12.30 tengahari, Mahkamah telah membenarkan penangguhan dilakukan selama seminggu untuk membuat kajian mengenai laporan forensik, postmoterm dan gambar-gambar dari rakaman CCTV.

"Mahkamah telah pun membenarkan penanguhan selama seminggu untuk pihak kami diberi peluang supaya mencari pendapat kedua dan juga untuk mengkaji dokumen-dokumen yang diserahkan kepada kami pagi tadi, termasuklah laporan forensik, postmoterm, laporan gambar-gambar CCTV dan sebagainya," katanya.

Beliau berharap, dapat membuat apa yang perlu dalam tempoh ini supaya kes ini dapat diteruskan dan semua 77 orang saksi dipanggil termasuklah tunang Teoh, Soh Cher Wei yang ditemani keluarga.

Pihak Peguam Pemerhati juga difahamkan bahawa pihak polis dalam proses membuat perbandingan DNA. Ini adalah kerana, dalam siasatan tersebut menunjukkan bahawa terdapat satu DNA seseorang yang tidak dikenali terdapat pada tubuh Teoh Beng Hock.

"Kami rasa petunjuk DNA ini adalah amat penting kepada pihak kami. Kami harap bahwa laporan DNA ini juga dapat disiap dan diserahkan kepada pihak kami dalam masa seminggu ini," katanya.

Dalam laporan polis itu, menunjukkan terdapat dua sampel lelaki DNA dikesan di pakaian Teoh namun, belum dapat dikenalpasti pemiliknya.

Pihak polis juga telah menjalankan ujian DNA kepada 90 individu untuk mengenalpasti pemilik DNA itu dan sedang dalam proses untuk mendapatkan ujian DNA daripada 12 orang lagi.

Teoh Beng Hock ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) selangor pada 16 Julai lalu, diatas tingkat lima, Plaza Masalam, disini, yang menimbulkan pelbagai persoalan.

Kematian pembantu exco kerajaan negeri Selangor ini mendorong kerajaan pesekutuan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes ini.

1 ulasan:

  1. Ha.ha..ha..sekarang dah mula cerita pasal DNA pulak! apalah punya penyiasatan yang dibuat ini? Mula-mula cerita pasal TBH mungkin terjun sendiri..lepas tu cerita pasal jumpa 'parts'selak tingkap..kemudian cerita pulak pasal DAP terlibat sbb nak cover penyelewengan dan terkini ada pulak DNA yang tak dikenali..Senang-senang macam ini ajelah PDRM - buat sahaja statement Bangunan Massalam tu jer yang bunuh TBH! Sebab TBH masuk dalam bangunan untuk disiasat SPRM dan kemudian beliau dijumpai mati di bangunan Massalam dan tentulah Bangunan Massalam tu yang bertanggungjawab bunuh TBH! Rengkasnya mempercayai unkwown DNA ujud untuk menunjukkan ada orang yang tak dikenali terlibat dalam kematian TBH adalah sama macam kita percaya Bangunan Massalam itu yang menyebabkan kematian TBH. Mainan siapa ini?

    BalasPadam