Writ saman itu yang difailkan melalui Tetuan Chan & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini tengah hari tadi, meminta defendan mengemukakan maklum balas dalam tempoh lapan hari dari tarikh ia difailkan
Dalam writ saman itu, Sivakumar yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) turut memohon injunksi menghalang defendan (Abdul Rahman), ejen atau pekerjanya daripada melarangnya memasuki dan menggunakan Dewan Negeri atau menghalangnya daripada menggunakan pejabat dan menjalankan tugasnya sebagai Speaker DUN.
Beliau turut memohon injunksi untuk mencegah sebarang penyalahgunaan, campur tangan atau pencerobohan daripada pihak defendan atau ejen atau pekerjanya.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Sivakumar mendakwa Setiausaha Kerajaan Negeri itu atau pekerja atau ejennya telah menghalang beliau dan anggota DUN daripada menghadiri dan memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Mac lepas.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan