PEMUDA PAS BERI AMARAN KERAS PADA MAGARAN

Oleh Ustaz Nasrudin Hasan tantawi

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memberi amaran sekeras-kerasnya kepada MAGARAN - Majlis Gabungan NGO Pembela Negara yang menggesa polis supaya menahan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang serta Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh ekoran demonstrasi besar anti-ISA Sabtu lalu.

Kumpulan pro-ISA gabungan lebih 50 NGO yang menyokong Akta ISA itu melalui Penasihat Undang-undang MAGARAN, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz telah menyatakan, keempat-empat pimpinan tersebut patut ditahan di bawah ISA kerana mengamalkan "keganasan terancang" ketika menganjurkan perhimpunan mansuhkan akta itu sabtu lalu.

DPPP menegaskan kenyataan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz itu jelas menunjukkan satu sikap yang tidak bertamadun dan tiada langsung nilai demokratik dalam sebuah negara yang bebas merdeka. Ini jelas menunjukkan pemikiran sempit pimpinan NGO ini yang kononnya pembela Negara.

Apakah salah pimpinan tersebut hingga kenyataan jijik sebegini di keluarkan? Hak apa yang dia persoalkan? Siapa yang membela hak rakyat tertindas di ibu kota yang mendiami perkampungan setinggan? Siapa yang membela nasib rakyat di felda–felda yang kini tertindas? Siapa yang membela hak rakyat di atas penyelewengan wang rakyat serta dana kerajaan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni UMNO/BN? Di manakah pembelaan dari MAGARAN!

Sebenarnya MAGARAN tidak lebih peranannya melainkan menjadi alat parti pemerintah UMNO/BN. Kenapa hak-hak rakyat terutama masalah kemiskinan dan pembahagian kekayaan ekonomi di Malaysia tiada langsung pembelaan dari MAGARAN. Isu seperti wang rakyat sewenangnya digunakan pembiayaan PKNZ di pelabuhan Klang. Isu keselamatan pemilikan tanah 25,000 ekar rizab Melayu di Empangan Linggiu, Kota Tinggi, Johor dijual kepada Singapura. Isu hartanah syarikat milik rakyat, Keretapi Tanah Melayu di Sentul dan Hotel Majestic diberi milikan kepada kroniUMNO/BN.

UMNO/BN bukan saja merompak wang rakyat tetapi juga membuka ruang kepada pemodal antarabangsa, kapitalis zionis Israel-Amerika Syarikat dan Eropah untuk mengaut kekayaan khazanah Negara. Felda Berhad kini diniagakan di bursa saham dimana tiada lagi kuota pemilikan khas untuk bumiputera, maknanya sesiapa yang menjadi pemegang saham terbesar Felda akan menguasai harta serta aset tanah Negara yang sebelum ini hak rakyat. Di mana MAGARAN?

DPPP melihat dengan jelas bahawa MAGARAN mudah diperkudakan oleh kerajaan UMNO/BN untuk memutarbelitkan rakyat yang jelas telah muak dengan tipu daya kerajaan UMNO/BN. DPPP mengigatkan sekali lagi kepada MAGARAN jangan cuba untuk meraih popularity di atas apa yang berlaku tempuh hari.

USTAZ HJ NASRUDIN BIN HASSAN At TANT
AWI
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan