SHAH ALAM, 7 Ogos: Kerajaan Negeri Selangor meminta para peniaga kedai serbanika yang beroperasi 24 jam di negeri itu agar mengawal jualan minuman keras di kedai mereka dan jangan menjualnya kepada orang Islam.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, garis panduan penuh tentang perkara ini akan dikeluarkan dalam masa sebulan oleh kerajaan negeri.
Ia menjadi gejala sosial di banyak tempat terutama di kalangan penduduk taman perumahan kerana mereka membeli dan meminum minuman keras ini di waktu malam. Ini kerana kebanyakan orang Islam masih segan dan malu untuk membeli dan meminumnya di khalayak ramai kerana Islam mengharamkan penjualan dan meminum arak.
Penduduk Bandar Baru Bangi yang diketuai wakil rakyat mereka, Dr Shafei Abdul Rahman, sebelum ini pernah membuat kempen meminta penduduk memboikot kedai serbanika 24 jam, 7-Eleven kerana menjual minuman keras di kawasan penduduk majoriti Islam.
Ekoran itu, kedai itu tidak lagi menjual minuman keras di situ kerana tidak mahu diboikot oleh penduduk.
Namun di kawasan lain, ia terus berlaku bahkan memaparkan kempen dan promosi minuman keras di kedai-kedai kereka.
Ini telah menimbulkan keresahan dan kemarahan di kalangan umat Islam dan ekoran itu PAS di tekan kerana tidak berbuat apa-apa dalam keadaan mereka adalah rakan kongsi dalam kerajaan negeri Selangor.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) adalah pihak berkuasa tempatan pertama yang cuba membincangkan perkara ini dengan serius.
Hasilnya, keputusan dicapai untuk menghentikan jualan minuman keras ini di kedai-kedai serbanika 24 jam ini. Melalui bahagian perlesenan, penguatkuasa MBSA merampas minuman keras melalui satu kedai 7-Eleven yang terletak di sebelah sebuah surau.
Namun, memandangkan kerajaan negeri tidak membuat sebarang kata putus mengenainya, Exco kerajaan tempatan, Ronieo Liu campur tangan dan Datuk Bandar Shah Alam terpaksa mengarahkan minuman keras itu diserahkan balik.
Tindakan ini mengecewakan para penyokong PAS dan berakhir dengan desakan agar Ronie melepaskan jawatannya. Namun sebahagian besar mereka cenderung kepada penyelesaian secara baik antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat bukan melalui desakan meletakkan jawatan.

Isu penjualan minuman keras di kedai 24 jam menjadi isu di kalangan orang Islam kerana ia menjadi punca remaja dan golongan lain mengambil kesempatan membelinya di waktu lewat malam.
Ia menjadi gejala sosial di banyak tempat terutama di kalangan penduduk taman perumahan kerana mereka membeli dan meminum minuman keras ini di waktu malam. Ini kerana kebanyakan orang Islam masih segan dan malu untuk membeli dan meminumnya di khalayak ramai kerana Islam mengharamkan penjualan dan meminum arak.
Penduduk Bandar Baru Bangi yang diketuai wakil rakyat mereka, Dr Shafei Abdul Rahman, sebelum ini pernah membuat kempen meminta penduduk memboikot kedai serbanika 24 jam, 7-Eleven kerana menjual minuman keras di kawasan penduduk majoriti Islam.
Ekoran itu, kedai itu tidak lagi menjual minuman keras di situ kerana tidak mahu diboikot oleh penduduk.
Namun di kawasan lain, ia terus berlaku bahkan memaparkan kempen dan promosi minuman keras di kedai-kedai kereka.
Ini telah menimbulkan keresahan dan kemarahan di kalangan umat Islam dan ekoran itu PAS di tekan kerana tidak berbuat apa-apa dalam keadaan mereka adalah rakan kongsi dalam kerajaan negeri Selangor.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) adalah pihak berkuasa tempatan pertama yang cuba membincangkan perkara ini dengan serius.
Hasilnya, keputusan dicapai untuk menghentikan jualan minuman keras ini di kedai-kedai serbanika 24 jam ini. Melalui bahagian perlesenan, penguatkuasa MBSA merampas minuman keras melalui satu kedai 7-Eleven yang terletak di sebelah sebuah surau.
Namun, memandangkan kerajaan negeri tidak membuat sebarang kata putus mengenainya, Exco kerajaan tempatan, Ronieo Liu campur tangan dan Datuk Bandar Shah Alam terpaksa mengarahkan minuman keras itu diserahkan balik.
Tindakan ini mengecewakan para penyokong PAS dan berakhir dengan desakan agar Ronie melepaskan jawatannya. Namun sebahagian besar mereka cenderung kepada penyelesaian secara baik antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat bukan melalui desakan meletakkan jawatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan