UBN Najib Altantuya: Kaji Selidik KDN Buktikan Rakyat Mahu ISA Dimansuh

Majoriti rakyat Malaysia mahu ISA dimansuhkan. Dan hasrat itu disuarakan terus kepada Kementerian Dalam Negeri melalui laman web kementerian itu sendiri.
Berikutan protes anti ISA besar besaran tempoh hari, Kementerian Dalam Negeri atau KDN mengadakan tinjauan atas talian menyukat pandangan orang-ramai terhadapa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pemerhatian TV Antara mendapati setakat jam 6 petang tadi, 8502 orang memberi maklum balas dan daripada jumlah itu , 7689 atau 93 peratus responden mahu ISA dimansuhkan.

Penyelaras Suara Rakyat Malaysia SUARAM, Nalini Elumalai berpendapat maklum balas terhadap soalselidik KDN itu jelas menunjukkan rakyat kini sedar dan menolak akta zalim itu daripada terus digunakan dalam sistem perundangan negara ini.
"Bila saya tengok laman web KDN saya terus undi dan saya kagum sebenarnya. Saya selalu pergi laman web PDRM dan semuanya lebih pada PDRM. Bila saya tengok jumlah undian itu saya terkejut. Hebatnya orang undi. 90% kata ISA sudah tidak relevan dan perlu di mansuhkan dan yang paling penting mereka kata ISA adalah zalim. ISA bukanlah untuk keselamatan negara sebenarnya.

Kewujudan ISA sebenarnya buatkan kita rasa tidak selamat. Saya rasa tidak selamat sebab ISA. Bukan ISA yang buat saya rasa selamat," ujar Nalini.
Nalini juga berpendapat, langkah KDN membuat tinjauan kaji selidik ini sebenarnya memakan diri sendiri apabila hasil undian yang didapati tidak seperti yang mereka harapkan dan ia sesuatu yang memalukan pihak kerajaan yang terus berdegil mempertahankan akta itu .

"It's like a shame to govement and we proud. Kita bangga. Kerajaan malu sebab dia punya laman web orang datang tengok. It's a shame to Najib, it's a shame for hishamuddin," katanya lagi.

1 Ogos lalu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dengan kerjasama lebih 83 NGO mengajurkan satu perhimpunan besar- besaran bagi menggesa kerajaan memansuhkan akta ini.

Perhimpunan yang pada mulanya aman tanpa sebarang insiden kemudiannya berakhir dengan suasana kecoh apabila pihak polis menggunakan kekerasan bagi memaksa orang ramai bersurai.

"Pada 1 Ogos kita nampak 40 ribu orang turun menyatakan penolakan mereka pada ISA. Mungkin ramai lagi yang sokong kita tapi tidak berkesempatan bersama- sama dengan kita pada hari itu. Kalau kita pergi ke setiap tempat dan jelaskan pada mereka, mereka akan bertanya mengapa perlu ada satu akta yang zalim, undang- undang zaman jahiliah. Orang kampung pun akan kata ia sesuatu yang zalim," tegas Nalini.

Nalini turut menyatakan kebanggaannya apabila saluran televisyen Al Jazeera menyiarkan perhimpunan besar- besaran yang menuntut kerajaan memansuhkan akta ini.

"Bagi saya, saya bangga sebab rakyat sudah bercakap. Sebelum ini, isu ISA adalah isu yang paling takut rakyat cakapkan. Tapi kini rakyat berani cakap. Ini kejayaan kerana orang turun. Kita tidak perlu malu tapi kita perlu bangga. Bagaimana satu suara rakyat bersuara menuntut penghapusan undang- undang zalim. Kerajaan sudah sekat banyak benda," katanya.

Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini lantang melaungkan slogan IMalaysia, Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan. Namun Najib sekali lagi dimalukan apabila pelbagai pihak bertanya mengapa suara rakyat yang menuntut pemansuhan akta yang tidak lagi relevan ini langsung tidak dipedulikannya ?

"Tapi kalau dia tidak mahu dengar, bermakna slogan yang dia laungkan itu bohong. What you mean IMalaysia ? Yang berkumpul hari itu 1Malaysia. Melayu, Cina India, semua ada. Dia tidak dahulukan rakyat. Dia dahulukan kepentingnnya. Semua perdana menteri tidak dahulukan rakyat. Jika tidak mengapa mereka tidak mansuhkan akta zalim ini?" Soalnya.

Dan seperkara lagi yang menghairankan ialah hujah pihak yang menyokong ISA mengatakan kononnya Amerika Syarikat dan United Kingdom merujuk kepada ISA dalam merumuskan akta pencegahan keganasan lantas kata kumpulan pro ISA, Malaysia tidak perlu bertolak-ansur dalam mengekalkan ISA.

"Bagi saya, isu ISA zalim. Zalim tetap zalim. You celup dari Malaysia, Singgapura atau mana- mana negara. Zalim tetap zalim. Mungkin di United Kingdom akan lebih pro hak asasi manusia. Di US dan UK, mereka kena lebih berhati- hati. Sebab kesedaran hak asasi rakyat mereka tinggi. Di Malaysia kita tidak dididik begitu. Kita hanya dididik untuk tunduk pada orang," komen Nalini.

"Saya rasa di UK atau mana- mana negara yang guna akta ini tidak perlu kita banggakan tapi memalukan sebab kita cipta sesuatu akta yang salah dan tidak patut dilakukan," kata Penyelaras SUARAM itu.

Walau apa pun, objektif KDN menjalankan kaji selidik ISA di laman webnya ialah untuk mendapat maklumbalas rakyat.Dalam erti kata lin mereka mahu tahu apa kata rakyat.

Kini rakyat sudah bersuara. Rakyat menolak ISA dan ini telah disampaikan kepada KDN. Persoalannya ialah adakah KDN , dan khususnya kerajaan pimpinan Najib Razak mahu dengar gesaan rakyat ?
-tvantara.com-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan