UBN Najib Altantuya: Kedah dalam masa tambahan ?

Afrar Yunus

16 - 1 - 4 - 1 - 14

Ibarat permainan bolasepak, adakah masa hadapan politik di Kedah sudah boleh dikira s
ebagai dalam masa tambahan ?Dengan kerusi PAS 16, DAP 1, PKR 4, Bebas 1 dan Barisan Nasional 14 - akan adakah lagi kejutan yang bakal dibuat oleh mereka yang mendiami Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Angin bertiup kencang bahawa akan ada lagi setidak-tidaknya dua lompatan jarak jauh jika usaha membendungnya secara radikal tidak dilakukan. Entah betul entah tidak.


Belum reda lagi dengan isu kuota tanah Melayu 50%, isu tempat penyembelihan babi, projek pembangunan di Kedah dan beberapa isu besar yang lain, skala bacaan kejutan politik di Kedah berada pada paras bahaya juga.

Anwar Ibrahim perlu melakukan sesuatu untuk membantu Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah dalam menangani 'orang-orang'nya yang berada di luar kawalan Pakatan Rakyat.

Apakah Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Mahdzir Khalid dan juga Tun Mahathir sedang berdiam diri dalam hal ini. Sebenarnya mereka tidak senang duduk selagi Kedah masih dipangkuan Pakatan Rakyat.

Beberapa jabatan dijadikan kuda tunggangan Barisan Nasional dalam membantu parti itu merampas kembali Kedah.

Cuma yang leka adalah dari kalangan Pakatan Rakyat sendiri.

Untuk Kedah kembali ke tangan Barisan Nasional bukanlah sesuatu yang mustahil. Namun harus diingat ia bukanlah juga sesuatu yang mudah.

Seperti yang saya tulis sebelum ini, mujurlah pentadbir Kedah sekarang sehaluan dengan pemerintahnya. Jika tidak, hanyut sudah ia mengekori Perak.

Dalam situasi seperti ini kerajaan tidak seharusnya dibiarkan bersendirian.

Peranan jentera parti kelihatan terlalu lemah. Apa sudah jadi dengan khidmat mereka ?

http://alkerohi.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan