Dzulfikar Mashoor | |
BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos: PAS mensasarkan penambahan lima ribu undi baru yang akan diberikan oleh 'pengundi tradisi' Umno yang mula menunjukkan angin perubahan menyokong Pakatan Rakyat. Menurut Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Dato' Mahfuz Omar, dari kempen rumah ke rumah yang dijalankan oleh jentera parti, suara perubahan dari pengundi tegar Umno itu telah kedengaran dan mereka mungkin tidak lagi memberi undi kepada calon kontroversi Rohaizat Othman dalam pilihanraya kali ini. "Maklumat terakhir yang saya terima, tidak mustahil lebih 5000 'pengundi tradisi' mereka dulu (PRU12) tidak lagi beri undi (kepada Umno) untuk pilihanraya kecil kali ini disebabkan masalah dalam Umno sendiri. Ini semua petanda baik (bagi) kita setelah usaha naik (dari) rumah ke rumah (untuk) bertemu pengundi." "Dari culaan yang saya dapat, kehadiran Rohaizat dengan pelbagai isu kontroversi yang melibatkan peribadinya serta integritinya, dikatakan menjadi sebab-musabab juga pengundi meninggalkan Umno." "Bila Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) mahu Ustaz Salleh (calon PAS) ketuai Majlis Agama (Islam Pulau Pinang/MAIPP), tidak mustahil ianya juga menjadi punca pengundi Umno sendiri tidak memberi undi pada calon mereka sendiri, " katanya kepada pemberita pada sidang media petang semalam. Beliau yang juga Naib Presiden PAS turut menafikan laporan akhbar Berita Harian dan beberapa media pro Umno, kononnya PAS hanya mensasarkan kemenangan dengan satu undi sahaja. "Itu (laporan Berita Harian) bukan maksud saya. Maksud saya, Salleh boleh dinggapp menang cukup (sekadar) satu undi sahaja, bukannya PAS sasar menang (majoriti) satu undi." "Sekiranya jentera kita (Pakatan Rakyat) kuat (berkempen), kita boleh dapat majoriti lebih dari keputusan lepas,� ujarnya lagi. Beliau juga tidak menolak kemungkinan undi majoriti PAS akan sendikit menguncup kerana Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berjaya menakut-nakutkan pengundi luar yang juga ahli Umno sendiri supaya tidak mengundi Salleh, yang dikenali bersih dan berpegangan agama yang kuat. Bagaimanapun, beliau menjangkakan penyokong kepada Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Saad; yang sebelum ini diuar-uarkan sebagai calon sebenar Umno; akan memberi 'undi protes' kepada PAS. Pagi tadi, Mahfuz dalam nada jenaka mengatakan semua keputusan undi pilihanraya esok sudah ada dalam 'kocek'nya. Berita Harian melaporkan PAS tetap meletakkan sasaran menang dengan satu undi, biarpun Permatang Pasir dikenali sebagai kubu kuat parti tersebut. Penyandang dahulu, Allahyarham Mohd Hamdan Abdul Rahman (PAS) mengalahkan calon Umno Ahmad Sahar Shuib dengan 5433 undi majoriti. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan