UBN Najib Altantuya: PKFZ Bom Nuklear Politik

A.Kadir Jasin

Isu PKFZ pula akan terus menikam tajam Kerajaan Mohd Najib Abdul Razak dan BN jika tidak ditangani segera secara tegas dan meyakinkan. Saman menyaman di antara pembesar dua parti kaum Cina BN, iaitu MCA dan Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) yang terlibat terus dengan kontroversi raksasa ini akan melemahkan lagi BN dan menguji kesungguhan Mohd Najib melaksanakanNational Key Result Areas (NKRA) mengenai pembasmian rasuah.

Meminjam tajuk berita akhbar Sin Chew Daily versi online: “The PKFZ truth might be a nuclear bomb in the political arena.” (Kebenaran di sebalik PKFZ mungkin menjadi bom nuklear arena politik).

Peristiwa di sebalik penangkapan Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N. Gobalakrishnan pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir adalah sambungan kepada drama para pembesar PR yang seolah-olah sengaja mahu ditangkap agar cepat mendapat jolokan hero atau orang berani.

Adalah hakikat bahawa ramai pembesar pembangkang menganggap tangkapan polis dan penahanan ISA sebagai pasport ke arah kemantapan kerjaya politik dan sesiapa yang tidak melaluinya dianggap bukan pejuang tulen.

Manakala kontroversi di sekitar calon BN Permatang Pasir, Rohaizat Othman adalah penerusan kemelut Umno yang nampaknya masih meraba-raba mencari orang bersih, orang terhormat dan orang bermaruah untuk mengisi kepemimpinan parti.

Kalau seorang bekas peguam yang dibatalkan lesen guamannya tidak memberitahu keadaan sebenar kepada partinya dan partinya pula gagal membuat perisikan rapi ke atas keperibadiannya, maka mereka tidak boleh menyalahkan sesiapa jika dimalukan oleh pengundi.

Dalam situasi begini, lebih baik jangan bertanding kalau bertanding sekadar untuk dimalukan. Lebih bermaruah rasanya mengaku silap dan menarik diri. Seorang lulusan undang-undang seperti Rohaizat tentu pernah dengar ungkapan bahawa seseorang itu bukan sahaja perlu bersih, tetapi mesti nampak bersih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan