UBN Najib Altantuya: Umno-BN Edar Risalah Melalui Pos, Bina Panji Hina Pas

Tidak cukup mengedarkan risalah hasutan kepada para pengundi di Dun N11 Permatang Pasir, Umno-BN kini mula menggunakan kaedah baru menghantar risalah hasutan berkenaan menerusi pos.

Ketua Wakita Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan mengenai perkara ini terutamanya untuk menilai kos menampung penghantaran risalah berkenaan.

“Kita cuma nak persoalkan sekiranya sekali pusingan yang dikirim setem, kalau 20,000 pengundi maknanya sekali hantar RM6000. Kalau 10 risalah yang ada berbeza kalau 10 kali pusingan bermakna RM60,000.

“Sekiranya kita masukan dalam penyata kira-kira seorang calon sudah tentu calon BN Rohaizat sudah menggunakan wang lebih daripada yang sepatut digunakan untuk berkempen oleh seseorang calon,” katanya.

Setiap sampul mengandungi satu risalah dan sesebuah rumah akan menerima beberapa sampul yang mengandungi risalah yang berbeza.

Zuraida berkata, apa yang lebih mengejutkan penemuan panji-panji yang memfitnah Pas.

“Ini memang tidak beretika langsung dan mengamalkan politik durjana. Jadi mereka perlu bertanggungjawab kalau hendak memperkatakan tentang keburukan parti atau calon mereka perlu ‘gentleman’ mengaku diri sendiri,”katanya.

Dalam sidang media berkenaan, Zuraida turut mendedahkan para pengundi di sini menerima khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan.

Sehubungan itu, beliau menjemput seorang mangsa yang membuat pendedahan bahawa di kampungnya iaitu Kampung Pelet seramai 60 penduduk menerima sms berkenaan.

Mangsa, Zalizan Abdul Rahman berkata, beliau kecewa dengan sikap BN yang membuat tomahan memalui sms dan tidak beretika.

“Kita tidak puas hati dengan kiriman-kiriman sms yang dihantar kepada kita mengutarakan keburukkan-keburukkan kita yang berunsur fitnah,” katanya. Menurutnya satu laporan polis akan dibuat berhubung perkara ini.

Seorang lagi mangsa Fauzi Darus berkata, dia telah menerima lebih enam sms berlainan dari nombor yang sama dan terbaru pada 6.18 petang semalam.

Sementara itu, pada sidang media yang sama Timbalan Ketua Wanita Keadilan Rodziah Ismail berkata isu yang dibangkitkan Umno-BN lebih kepada perkauman dan tidak langsung sama dengan saranan 1Malaysia yang dicanang Perdana Menteri.

Katanya, isu yang ditimbulkan juga dilihat bertujuan untuk memecah belahkan masyarakat khususnys di Permatang Pasir.

“Mereka begitu terdesak dan rasa tiada cara lain hanya dengan memecah belahkan, memfitnah, taktik-taktik kotor dan durjana yang sebenarnya pada saya adalah satu idea yang korup,” katanya.

Beliau turut menyelar tindakan Umno-BN cuba membeli para pengundi sehingga sanggup memberikan wang palsu.

“Bagi saya pihak yang mengedarkan wang ini boleh dihukum di bawah ISA kerana mengeluarkan wang palsu kalau di lihat dari mata kasar seperti wang yang asli,”katanya.

Rodziah menggesa pihak berkuasa mengenalpasti dalang penyebaran wang palsu ini dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Katanya kes ini tidak boleh ditutup dan diminta diselesaikan sesegera yang mungkin.

“Jangan disebabkan Pakatan Rakyat yang membuat aduan kes ini ditutup. Kita mahu berlaku adil dan mahu tahu siapa di sebalik sms, duit dan poster yang menjelikan ini,” katanya.

-tvantara.com-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan