"Kebelakangan ini, usaha-usaha pihak tertentu untuk memurtadkan umat Islam berterusan. Usaha ini dipelopori oleh golongan bukan Islam khususnya Kristian.
Ini tidak pelik kerana seorang penganut Kristian yang komited dengan agamanya tentulah ingin mengembangkan ajaran agama yang dianutinya. Apa yang pelik ialah wujudnya anasir-anasir dalam UMNO dan NGO-NGO yang bersekongkol dengan golongan ini.
Artikel ini membentangkan secara ilmiah 6 kaitan terperinci puak-puak ini agar kita peka dengan masalah murtad yang semakin menjadi-jadi, khususnya sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Apabila ada ahli UMNO yang membicarakan soal murtad, eloklah kita sergahkan hujah-hujah ini didepan mukanya.
1. MENGHALANG HUKUMAN KE ATAS GOLONGAN MURTAD
Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW telah meletakkan garis panduan yang jelas dalam isu murtad. Selepas diberi penerangan dan penjelasan dalam satu tempoh jangka masa, hukuman perlu dikenakan ke atas golongan riddah atau golongan murtad ini. Majoriti ulamak berfatwa hukuman mati boleh dikenakan.
Di Malaysia, UMNO dan Sister in Islam merupakan golongan yang paling kuat menentang syariah Islam. Ini secara langsung menyumbang kepada gejala murtad.
2. KEMPEN MEDIA UMNO UNTUK BURUKKAN ISLAM
Dalam keghairahan UMNO menyerang PAS, UMNO mengambil keputusan menyerang sama syariah Islam yang diperjuangkan PAS. Kesannya, media UMNO selalu memainkan isu-isu yang memburukkan agama Islam khususnya Shariah Islam dengan harapan dapat menjejaskan imej PAS. Ini secara langsung membuatkan golongan muda-mudi yang kurang pegangan agama menjadi benci kepada Islam.
3. UMNO HALANG USAHA DAKWAH
Contoh termudah ialah universiti yang dibawah telunjuk UMNO seperti Uitm di bawah Misai Lebat menghalang apa-apa aktiviti usrah dan perbincangan agama dikalangan pelajar. Pada masa yang sama, pelajar diperlakukan seperti lembu yang dicucuk hidung apabila digunakan oleh UMNO untuk berdomstrasi. Usaha menghalang dakwah ini melemahkan lagi peganagn agama mereka.
Suatu contoh mudah. Sewaktu kelas berhubung faraid, seorang pensyarah Uitm membaca ayat Quran lalu menjelaskan bahawa bahagian anak lelaki dua bahagian dari bahagian anak perempuan (dalam harta pusaka). Pelajar-pelajar perempuan lantas bangun lalu mengatakan ayat ini tidak adil. Inilah contoh kejahilan pelajar Uitm yang jahil agama dek kerana UMNO..
4. UMNO membudayakan maki hamun Ulamak
UMNO membudayakan memaki hamun ulamak. Ulamak merupakan golongan pewaris Nabi yang memperjuangkan syiat Islam. Rata-rata ahli UMNO yang saya kenal amat benci kepada para ulamak kerana padqa mereka, ulamak merupakan golongan politik. Mereka lupa bahawa Rasullullah SAW dan para sahabat Nabi juga merupakan pemimpin negara. Ahli UMNo asyik dengan khayalan mereka hendak memisahkan Islam dari kehidupan dan politik. Ini membuatkan golongan muda menjauhi masjid dan ulamak dan akhrinya mudah murtad.
5. BUNUH / ISA ULAMAK
Contoh ulamak yang terbunuh ialah Ustaz Ibrahim Libya. Ustaz-ustaz yang cuba membantu umat ISlam yang disembelih oleh orang-orang Kristian di Ambon dahulu juga telah di ISA kan oleh UMNO. Mujurlah sebahagian telah dibebaskan.
6. MENGHALANG USAHAWAN ISLAM
Untuk menarik minat orang Islam kepada Kristian, golongan missionary telah mengeluarkan dana yang banyak. Sebahagian besar datang dari usahawan Kristian. Golongan usahawa Islam Melayu pro-PAS pula dihalang dan dilanyak perniagaan mereka oleh UMNO dan akhrinya usahawan Islam kekurangan dana untuk berdakwah. Contoh termudah ialah usaha UMNO menggunakan barua-barua mereka di dalam Biro Tatanegara yang memberi amaran kepada golongan professional tajaan kerajaan untuk tidak memberi sebarang ruang kepada usahawan Melayu pro-PAS agar lingkup bisnes mereka..
Harussani yang dahulunya cukup lantang menentang gejala murtad sudah menyepi sejak berkasih sayang dengan UMNO balik. Entahlah dunia..
PERGI JAHANAM UMNO!!!!!
-tranungkite.net-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan