Kehadirannya ini, jika menjadi kenyataan, akan menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru dengan PAS dan BN.
Bekas kakitangan di pejabat ahli parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata beliau mahu bertanding bagi "memajukan industri pelancongan" di Port Dickson.
"Di sini, pelancongan penting. Saya mahu mainkan peranan naik taraf kemudahan di sini. Sekarang tidak nampak (usaha itu)," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Bekas pengerusi tetap Umno Kota Lukut itu, sehingga 2004, kini berniaga dalam bidang pengurusan acara.
Shahrudin, 52, pernah bertugas sebagai kakitangan Kamarul, yang juga pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Negeri Sembilan, hampir setahun selepas pilihan raya umum lalu.
Shahrudin berkata hasratnya untuk bertanding itu mendapat sokongan penduduk setempat.
"Ada yang bantah. Ada yang sokong. Tetapi banyak yang sokong," katanya, sambil menyifatkan penglibatannya itu nanti sebagai "pertandingan sihat" dan tidak seharusnya menimbulkan sebarang masalah.
Shahrudin juga berkata beliau pernah bertemu dengan Kamarul bagi menyatakan niatnya bertanding bagi pihak PKR tetapi hasratnya ditolak.
"Dulu saya pernah jumpa dia (Kamarul), hendak minta bertanding pakai lambang PKR. Tetapi dia kata tidak boleh," katanya.
Yakin mampu membuat kejutan dalam pilihan raya kecil itu pada 11 Oktober ini, Shahrudin berkata beliau merancang menggunakan strategi berkempen dari rumah ke rumah bagi menjimatkan wang.
Sementara itu, seorang pembantu Kamarul yang tidak senang dengan keputusan Shahrudin itu memberitahu Malaysiakini, tindakan itu dibuat mungkin disebabkan kecewa dengan keputusan PKR memberikan laluan kepada PAS di DUN tersebut.
Selama bekerja dengan Kamarul juga, kata pembantu itu lagi, anak tempatan Teluk Kemang itu juga didakwa mempunyai "rekod yang tidak baik".
Pembantu itu, yang enggan dikenali, mendakwa Shahrudin mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas menteri besar dan juga ketua bahagian Umno Teluk Kemang, Tan Sri Isa samad – satu-satunya nama yang dicalonkan bagi mewakili BN.
PAS negeri menyenarai pendek tiga nama untuk diputuskan di peringkat pusat - pesuruhjayanya Zulkefly Mohamad Omar, yang dipertua Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri Kassim Tahir.
-malaysiakini.com-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan