UBN Najib Altantuya: DPPNK BUAT LAPORAN POLIS


 am 10.30 pagi tadi Dewan Pemuda PAS telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Dato' Aziz Sheikh Fadzir dalam Akhbar Sinar Harian kelmarin. Laporan dibuat oleh Ust Ahmad Yahya,Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah di IPD Kota Setar. Turut mengiringi beliau Ust MOhd Rosli Azmi, Setiausaha DPPNK, YB Nasir Zakaria, Ketua Penerangan DPPNK dan Sdr Helmi Khalid, Exco DPPNK.

Berikut adalah KENYATAAN MEDIA DARIPADA DPPNK

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Dato' Abd Aziz bin Sheikh fadzir berhubung kenyataan beliau dalam sebuah akhbar berkenaan ' ada lagi ADUN istihar Bebas', pada 6 September 2009.

Kenyataan itu juga turut menggugat keamanan dan keharmonian yang sentiasa dipelihara oleh pemimpin Pakatan Rakyat di negeri Kedah.

Kenyataan itu juga bagi berniat jahat untuk menafikan hak rakyat yang telah memilih seorang wakil dari parti yang dipercayai oleh mereka.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah juga sangsi, bagaimana seorang Ketua UMNO Bahagian mengetahui akan ada lagi Adun dari parti PKR dan PAS bakal mengishtiharkan diri sebagai Adun Bebas.

Pemuda PAS Negeri Kedah juga memberi amaran keras kepada beliau agar tidak bermain api menuju kearah merosakkan perpaduan rakyat sepertimana yang pernah dilakukan beliau ketika menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia beberapa tahun lalu dengan mengadakan perhimpunan haram dihadapan Dewan Himpuan Cina Selangor.


Ahmad bin Yahya
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

-utaraonline.net-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan