Malaysia Hindu Sangam juga menjelaskan gabungan itu tidak pernah bertemu atau berbincang dengan kumpulan penentang pemindahan kuil dari Seksyen 19 seperti dilaporkan sebelum ini.
Penasihatnya, Datuk A Vaithilingam berkata Hindu Sangam sedia bertemu dengan mana-mana pihak tetapi sukar baginya berbuat demikian dengan kepada kumpulan itu - yang mengarakkan kepala lembu di depan banguna Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam, Jumaat lalu.
Mereka berkata demikian dalam satu sidang media selepas mengadakan perteman dengan exco Selangor Dr Xavier Jayakumar dan Setiuasaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad di pejabat exco tengahhari tadi.
Vaithilingam berkata, pihak yang membantah cadangan pembinaan kuil tersebut telah membangkitkan isu perkauman dan sensitif.
"Kami tidak kisah berjumpa dengan sesiapa, tapi bukan dengan penunjuk perasaan, terutama yang telah menyebabkan ketidakharmonian dalam hubungan agama dengan membawa kepala lembu, kerana ia adalah binatang suci dalam agama hindu," katanya.
Persatuan tersebut juga menyatakan bahawa mereka tidak pernah mengadakan perbincangan dengan penduduk sebelum ini, seperti yang dilaporkan di media.
Tambahnya, usaha itu sebaliknya dilakukan oleh sebuah kumpulan lain, yang bernama Hindu Sevai Sangam.
Beliau juga berkata ia adalah sebuah persatuan kecil yang bergabung dalam Malaysia Hindu Sangam.
Bagaimanapun katanya, terdapat ratusan persatuan Hindu dan ribuan kuil yang berdaftar di bawah majlis tersebut.
-malaysiakini.com-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan