Lim. Kedah. | |
Sebagai seorang rakyat Malaysia (Bukan Islam), saya sangat setuju jika ada pihak yang mengambil berat tentang penjualan alkohol dan rokok. Perkara ini perlu dikaji dengan teliti kerana ia berkaitan dengan soal kesihatan, keselamatan dan sensitiviti agama. Sudah tentu kita tidak mahu isu ini disalahtaksir dan ada pihak yang cuba menangguk di air yang keruh. Kita patut mencontohi beberapa buah negara dalam mengawal penjualan alkohol dan rokok di tempat-tempat awam. Di Australia contohnya, saya mendapati alkohol dan rokok hanya dijual di tempat (premis) tertentu sahaja seperti di bar, kelab malam dan pasaraya terpilih. Di pasaraya pula, pembeli perlu menunjukkan kad pengenalan bagi membuktikan umurnya (18 tahun) dan agama( jika dilaksanakan di Selangor). Pengguna dan penjual alkohol atau rokok perlu didisiplinkan. Pengguna alkohol perlu mematuhi garis panduan supaya tidak minum di tempat-tempat yang terbuka seperti kerajaan mengawal mereka yang hisap rokok, tidak kira tempat itu majoriti orang Islam atau tidak. Ini adalah kerana penagih alkohol dan rokok boleh 'Cross Border' (Dunia tanpa sempadan) atau mereka akan pindah ke kawasan majoriti orang bukan Islam. Saya tidak setuju kalau Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali hendak mengharamkan penjualan alkohol di kawasan majoriti orang Islam sahaja. Sebaliknya saya sangat setuju jika kawalan penjualan dan penggunaan dilaksanakan dengan ketat dan secara menyeluruh meliputi semua kawasan. Teruskanlah usaha murni YB demi untuk kesejahteraan semua. -harakahdaily.net- |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan