Azmin nafi 'pergeseran' punca Datuk Zaid bercuti / UBN Najib Altantuya / PKFZ

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Dakwaan pergeseran dengan kepimpinan parti punca Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Datuk Zaid Ibrahim mengambil 'cuti politik' tiada asas dan tafsiran media semata-mata.

Naib presiden PKR, Azmin Ali antara yang didakwa terlibat dalam pergeseran dengan Zaid, hari ini menafikan perkara tersebut dan berpandangan ianya sengaja dimainkan media untuk memecahbelahkan hubungan erat Pakatan Rakyat dan PKR itu sendiri.

"Siapa yang ada pergeseran, kalau tengok kenyataan Datuk Zaid, ada tak dia kaitkan saya?, tak ada. Ini tafsiran media untuk menggambarkan perpecahan dalam PR dan Keadilan," ujarnya ketika ditemui di parlimen siang tadi.

Ujarnya, keputusan Zaid untuk bercuti selama enam bulan adalah kerana ingin memberi fokus kepada sekriteriat Pakatan Rakyat bagi menyiapakan kertas dasar untuk dibentangkan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Zaid adalah anggota utama jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mengkaji penubuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah badan gabungan parti politik secara rasmi.

Dua lagi anggota adalah Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.

Image"Datuk Zaid menjelaskan, dia ambil cuti enam bulan untuk memberi fokus kepada sekriteriat pakatan rakyat, menyiapkan beberapa kertas dasar untuk dibentang kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Kita perlu hormati keputusan Datuk Zaid, tak perlu tafsir lebih dari itu," jelasnya lagi.

Sebelum ini media perdana melaporkan Zaid memohon cuti dari aktif dalam politik PKR kerana ada kaitan dengan halangan menghadiri program di Sabah.

Azmin sebelum ini telah menjawab dakwaan itu dan menjelaskan tidak ada sesiapa pun menghalang mana-mana pemimpin PKR dari semenanjung termasuk Datuk Zaid Ibrahim daripada menghadiri program di Sabah.

Kepimpinan peringkat pusat juga katanya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bagi menghalang mana-mana pemimpin parti itu daripada menghadiri program di setiap negeri.

Zaid bagaimanapun hanya memohon cuti dari menyertai mesyuarat Biro Politik selama enam bulan untuk memberikan tumpuan kepada penubuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah badan gabungan parti politik secara rasmi.

"Datuk Zaid mempunyai peranan cukup penting dalam Keadilan dan Pakatan Rakyat untuk membantu menyediakan kertas dasar Pakatan Rakyat," katanya.

VIDEO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan