Afrar Yunus
Belanjawan 2010 dibentangkan. Rumah siap, pahat pun berbunyi.Ramai kakitangan kerajaan melahirkan rasa tidak puas hati mereka.Ada yang bertanya, biasakah sesiapa mendengar pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di dalam mana-mana majlis atau persidangan memberitahu, “kami tidak ada wang untuk membuat projek”.
Projek sudah pasti akan berjalan kerana yang bakal mendapat habuan adalah kaum kerabat dan kroni. Jumlahnya bukan sebulan gaji atau setahun gaji kakitangan kerajaan, tetapi beratus juta satu projek.
Namun apabila sampai ke agenda bonus penjawat awam seperti yang dituntut CUEPACS, Najib Razak dan seluruh kabinet berpakat berlakon memberitahu bahawa kerajaan tidak ada wang kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Kata kakitangan JPM, “53 tahun UMNO dan BN memerintah Malaysia, kantong perbendaharaan sentiasa tiris”
Malaysia negara kaya. Pemimpin politik pemerintah kaya raya, tujoh keturunan makan tak habis.
“Rakyat juga yang meminta sedekah. Penjawat awam di Malaysia seperti pengemis. Sudah dua kali Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan, kakitangannya tidak diyakini” marah seorang pekerja Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan.
Anggota kabinet bersandiwara dalam hal melibatkan rakyat.
Ada seorang kawan penjawat awam menelefon memberitahu, tidak perlu marahkan Najib atau kerajaan.
"Kerajaan bukan marahkan kakitangan kerana prestasi atau KPI sangat. UMNO dan BN kecewa kerana mereka percaya ramai penjawat awam sokong PR" kata kawan tadi.
Dalam masa terdekat katanya, "dengan semangat kemenangan Bukit Pinang, Najib mungkin akan mengumumkan gelanggang futsal dan kolam mandi berdekatan kediaman setiap kakitangan awam untuk digunakan oleh mereka dan anak cucu selama tujuh keturunan juga sebagai tanda sokongan CUEPACS dan penjawat awam kepada UMNO dan Barisan Nasional”
Pegawai PTD di Pejabat SUK Perak memberitahu, “CUEPACS dan penjawat awam perlu mengambil pendirian dan membuat keputusan sebelum pilihanraya ke 13 nanti tentang hal ini”.
UMNO cakap je lebih. Nak bantu Melayu, nak tolong Melayu.
BalasPadamPadahal kalau mereka benar2 nak tolong Melayu, tolonglah kakitangan kerajaan.
Dekat sejuta org Melayu kerja dengan kerajaan.
Takdela UMNO, cakap je lebih