EGM :MAJILIS SYURA TAK BERFUNGSI? / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Iyad Hadi

Assalamualaikum. TGNA adalah Mursidul Am PAS, atau dengan jelasnya adalah Parti ISLAM Se malaysia. Merupakan pengerusi Majlis Syura Pas. TGHA pula adalah Presiden PAS. Yg turut mengangotai Majlis Syura.Keanggotaan ahli majlis syura adalah dari kalangan mereka yg hebat2 belaka.

Persoalannya ialah, kenapa soal EGM untuk menyelesaikan masalah kepimpinan tidak disuarakan oleh TGNA dalam mesyuarat. Atau mungkin telah disuarakan tapi tidak mendapat reaksi yg memberangsangkan oleh ahli majlis syura yg lain. Serba mungkin.Maka pilihan yg ada bagi TGNA adalah dengan menulis dalam blog?

Samada Majlis Syura makin hilang fungsi dengan adanya blog atau bercakap dalam mesyuarat tidak menjamin pandangan diterima lantas blog menjadi pilihan paling mudah dan lebih terarah tujuannya serta matlamat mengadakan EGM lebih mudah terlaksana bila isu ini menjadi hangat dan semakin bergelora.

Sekarang zaman teknologi, macam2 ada, jika sekiranya TGNA tak puas hati dengan TGHA, mereka boleh menggunakan khidmat telefon SMS, MMS,chating dan macam lagi yg boleh merungkaikan persoalan demi persoalan yg melanda.

TGHA pun boleh melakukan cara yg sama.Jika salah seorang tidak hadir mesyuarat, masing2 boleh gunakah kemudahan yg ada untuk mengetahui keputusan yg dibuat.Kenalah rajin berhubung sesama pemimpin mencari titik persetujuan dalam menyampaikan sesuatu isu. Bukan apa, yg ahli kat bawah pun pening kepala melihat sikap tak mesra antara sesama pemimpin... Seolah wujud perang dingin antara satu sama lain. Bukankah nak cari kebaikan? selesaikan dulu perang dingin yg melanda... Tanya terus pada yg empunya diri tentang apa jua isu yg timbul. Barulah harmoni jadinya.

Begitu juga dengan pemimpin bawahan, AJK Pas pusat kenalah turut sama menjaga keharmonian antara satu sama lain. Rajin2 antar sms atau apa jualah bentuk yg terarah membina ukhuwah dan kasih sayang. Bukan tikam belakang setelah tikam depan dapat dielah dengan baik dan kemas. Disekeliling pemimpin ada pelbagai watak ragam manusia yg terkadang terlalu sukar untuk dikenal hatibudinya. Hanya Allah yg tahu hakikat sebenarnya.

Antara ciri Pemimpin yg baik adalah pemimpin menunjukkan tauladan yg baik. Jika dikalangan pemimpin pun kurang semangat ukhuwah di antara satu sama lain, kita boleh bayangkan bagaimana mereka yg dipimpin. Bila Ukhuwah antara pemimpin makin kurang, hubungan menjadi renggang, Hilanglah kekuatannya. Kata Imam Hassan Al-Banna : Berkasing sayanglah dan teguhkan ukhuwah, kerna itulah rahsia kekuatan kamu...

Pemimpin wajib ditegur bila tersilap dan salah. Suka atau tidak memang itulah cara mencari kebaikan berganda. Pemimpin tidak selamanya betul. Itulah pentingnya selalu bermesyuarat untuk mencari jalan2 terbaik dan memantapkan kesatuan.

Kenyataan dari TGNA semalam:
Di antara apa yang diucapkan dalam temuramah BERNAMA dengan TGNA semalam di Pulau Melaka "....Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk Presiden sendiri,"

Apabila ditanya sama ada Muktamar Luar Biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, TGNA berkata, "Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur Presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk Presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar."


Persoalan lain yg timbul :
1-Adakah permilihan pada muktamar PAS yg lalu tidak mencerminkan sokongan ahli?
2- Adakah perwakilan yg mengundi pada muktamar tidak cukup cerdik membuat keputusan ?
3- Macam2 lagi persoalan yg terbenak dalam fikiran, tanyak sendiri dan jawab sendiri lah senang... alahaiiii... kesian akuuuu



Kesimpulannya, Ulasan ini bukan untuk menjatuhkan sesiapa, tetapi sekadar memberi peringatan demi melihat kekuatan ukhuwah terpasak kemas. Pasaknya Aqidah, lantainya syariah, tiangnya adalah kasih sayang dan dindingnya adalah akhlak dan ibadah...
Tidak rugi kita saling berpesan kearah kebenaran dan berpesan2 dengan penuh kesabaran...Sesungguhnya mereka yg berjuang dijalan Allah dengan jiwa dan harta benda,ditinggikan darajat dan martabat mereka dari mereka yg duduk (tak berjuang) dengan sebab uzur atau tanpa uzur adalah dengan beberapa darajat.
TGNA dan TGHA adalah dikalangan mereka yg berjuang... Tinggilah martabat mereka insyaAllah.

Apapun, mudah-mudahan Allah memberi jalan keluar pada setiap permasalahan yg melanda. Syaratnya adalah dengan TAQWA. InsyaAllah.

Nukilan rasa : Tinta_suasa al-salas
http://penasuasa.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan