Angkasanuri | |
Perjalanan pilihan raya Bagan Pinang terus bercelaru dan haru biru. Semua ini bukan kerana kerancakan kempen pilihan raya kecil tetapi sikap senget sebelah SPR kepada Umno@BN. Sepatutnya SPR menjadi menjunjung dan melaksanakan proses demokrasi di Malaysia. Dalam undang-undang pilihan raya tidak termaktub parti politik yang tidak bertanding boleh berkempen dengan menaikkan bahan kempen seperti bendera tetapi SPR kata ada peraturan begitu.Apa yang berlaku menunjukkan SPR semakin hampir untuk menjadi komponen BN walaupun tidak diwartakan secara rasmi. Lihatlah Undang-undang yang dibuat dikhianati oleh SPR sendiri. Wujud peraturan pelik yang tak masuk akal. Yang ada ditiadakan yang tiada diadakan. PAS melalui pengarah pilihan rayanya mendedahkan 253 nama yang bertindih dalam buku daftar pemilih beserta dengan bukti. SPR kata mana ada! Semalam PAS membantah kerana Menteri dan Menteri Besar berkempen dalam kem tentera beserta bukti audio yang dirakam. Tetapi SPR seolah-olah hanya memekakkan telinga. Hari ini PAS bantah lagi daftar pemilih semasa penamaan calon untuk undi pos bercanggah dengan buku daftar hari pengundian. Walhal jelas dalam peraturan pilihan raya menjelaskan tindakan SPR itu bertentangan dengan Peraturan 14A Peraturan-Peraturan Pilihan raya (Perjalanan Pilihan raya) 1981. Statut tersebut berbunyi: "Daftar Pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan calon HENDAKLAH merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pengurus dan ketua tempat mengundi sesuatu tempat mengundi pada hari mengundi..."Apa alasan dan dalih SPR kali ini. Pengerusi SPR dalam berita semalam menuduh PAS sengaja bising-bising kerana takut kalah. Nak tanya pada pengerusi SPR sejak bila PAS bertanding pilihan raya takut kalah? Kalah menang sudah asam garam PAS sepanjang menyertai pilihan raya. Malah PAS selalu hilang deposit sebelum ini bila bertanding di Negeri Sembilan! Apa yang dilakukan ini jelas menunjukkan bahawa SPR kini bertindak sebagai komponen BN di Bagan Pinang. Apa yang berlaku semakin menghakis kepercayaan majoriti rakyat negara ini kepada SPR dan demokrasi serta pilihan raya di negara ini. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan