PPSB nafi dakwaan pekerjanya / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 26 Okt:
Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) menafikan dakwaan pekerjanya, bahawa wujud rasuah dalam pembelian kapal pengeruk laut.

Menurut kenyataan PPSB yang ditandatangani oleh Suhailawatie Ramli, Ketua Perhubungan Awam itu, segala perolehan dan pemberian yang dibuat majikan sebenarnya mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan syarikat.

Jelasnya lagi, segala pembelian yang melibatkan kos melibihi RM1 juta sebenarnya diluluskan sendiri oleh Ahli Lembaga Pengarah Pengarah PPSB sendiri.

Bagi aktiviti penyewaan yang melibatkan perlantikan kontraktor turut dilakukan secara rasmi, mengikut Prosedur Perlantikan yang ditetapkan PPSB.

Kenyataan itu juga momohon kerjasama Harakahdaily mendapatkan maklumat yang sahih daripada PPSB sendiri kerana maklumat yang tidak tepat (daripada pekerja bawahan) akan mencemarkan reputasi korporat PPSB sendiri.

Selasa lalu, satu faks tanpa penama menafikan, wujudnya kehilangan diesel PPSB bernilai RM1.2 juta.

Tetapi, penafian tersebut tidak termasuk dakwaan rasuah dalam pembelian dan penyewaan kapal pengeruk laut bernilai RM2.4 juta.

Penafian itu juga tidak termasuk dakwaan yang lain - PPSB asalnya mahu membeli kapal pengeruk itu sahaja dan sanggup menyewa alat ganti daripada penyewa kapalnya; iaitu syarikat yang berpengkalan di Butterworth itu.

PPSB juga tidak menafikan dakwaan, PPSB terpaksa membeli kapal pengeruk berserta alat gantiannya bernilai RM180,000 kerana rundingan gelap tersebut telahpun diketahui pekerja-pekerja bawahannya.

Dalam pada itu, pihak berwajib, iaitu audit dalaman PPSB dan SPRM sendiri sehingga kini masih belum mengeluarkan dakwaan ke atas mereka yang terbabit, walaupun aduan telah pun dibuat sejak empat bulan yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan