Selangor Tingkatkan Langkah Keselamatan Tarik Pelabur Asing /UBN najib Altantuya / PKFZ

Kerajaan negeri Selangor akan mempertingkatkan lagi langkah kawalan keselamatan di sekitar negeri itu bagi menarik lebih ramai lagi pelabur dari luar untuk melabur di negeri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mempertingkatkan langkah keselamatan tersebut dengan memperkasakannya melalui belanjawan 2010.
“Saya juga telah menerima banyak cadangan dan juga pemerhatian mereka antara yang dinyatakan ialah mengenai isu keselamatan di negeri Selangor.

“Saya telah membuat kenyataan dalam belanjawan 2010, kita telah mengumumkan beberapa peruntukan supaya kita dapat menumpukan usaha mengurangkan keadaan pencurian dan beberapa perkara yang berlaku yang memberi kesan terhadap keselamatan dapat dikurangkan,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid berkata kerajaan negeri melihat beberapa cadangan yang diterima supaya mengadakan perhubungan dua hala antara negeri-negeri Selangor dengan negara-negara yang menguruskan pelaburan di negeri Selngor.

Katanya, kerajaan negeri akan membuat tinjauan dan mempertimbangkan usaha supaya ada peningkatan bersama di antara negeri Selangor dan neger-negeri terlibat.

Beliau berkata demikian pada satu Majlis ‘Luncheon Talk with Foreign Embassies and Foreign Business Council’ di sini hari ini.

Michael Halpin yang mewakili Majlis Perdagangan Malaysia Australia berkata pendekatan yang diambil negeri Selangor ini harus diberi pujian terutamanya apabila kerajaan negeri menyatakan komited untuk mempertingkatkan lagi langkah keselamatan.

“Kami diberi nasihat untuk melihat peluang yang ada di negeri ini sebagaimana yang kami tahu negeri Selangor mempunyai potensi yang tinggi dalam pelaburan.

“Bagaimanapun isu keselamatan harus dipertimbangkan dengan memastikan pihak polis sentiasa mengawasi keselamatan di negeri ini.,” katanya.

Prestasi pelaburan negeri Selangor bagi tempoh Januari hingga Julai 2009 telah berjaya meransangkan ekonomi negeri ini.

Sebanyak 138 projek projek perkilangan telah diluluskan dalam masa tujuh bulan ini sekali gus membuktikan kerajaan negeri komited dengan beberapa lagi pelan pembangunan baru yang dilihat akan memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak.
-tvselangor.com-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan