1 Malaysia Rakyat dipersenda / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi
1.Pemerintahan Umno dan BN amnya dan kepimpinan Datuk Seri Najib khasnya, jelas menunjukMeranamereka masih gagal untuk keluar daripada retorik silam.
2.Terbaru apabila Datuk Najib mengisytiharkan Wang Ehsan menggantikan royalti yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat negeri Kelantan Darul naim.
3.Sebelum ini Tun Mahathir telah menzalimi rakyat negeri Terengganu apabila membatalkan royalti petroleum yang telah dinikmati sejak dulu semata-mata kerana kerajaan Terengganu pada waktu itu jatuh ke tangan PAS. Kemudiannya royalti itu digantikan dengan wang ehsan.

4.Justeru itu, apa istemewanya 1 Malaysia yang dilaungkan oleh Datuk Najib dan seluruh warga UMNO dan BN jika kezaliman dan penderaan ke atas rakyat terus menjadi trade mark kepimpinan dan pemerintahan mereka.

5.Rakyat bagaikan tertipu dengan slogan 1 Malaysia: Rakyat di dahulukan dan Pencapaian di utamakan setelah mereka menunggu penuh debaran agar royalti di kembalikan kepada kerajaan dan rakyat negeri Terengganu dan Kelantan. Datuk Najib sememangnya menjadi sandaran dan harapan mereka dengan slogan yang cukup memukau itu. Tetapi kini harapan bertukar menjadi realiti ngeriapabila mereka [rakyat dan kerajaan negeri] terus didera dan dianiaya oleh UMNO dan BN.

6.Wang ehsan meletakkan rakyat Kelantan seperti peminta sedekah sedang wang itu adalah hak mereka yang telah termaktub dalam perjanjian untuk dinikmati sebagai royalti di atas hasil minyak yang dikurniakan Allah swt kepada mereka. Malang ianya dirampas oleh UMNO dan BN dan kini menambahkan penderitaan rakyat Kelantan melalui persendaan yang cukup menghiris perasaan.

7.Jelasnya wang ehsan tidak akan sampai kepada rakyat secara adil dan telus sebagaimana ianya pernah berlaku kepada rakyat di negeri Terengganu malah ianya jelas dibongkar oleh perwakilan UMNO dari Kelantan dalam Perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini bagaimana wang ehsan hanya menjadi umpan untuk menggula-gulakan rakyat agar mengundi mereka di dalam pilihanraya.

8.Dewan Pemuda PAS Pusat [DPPP] mengecam tindakan Datuk Najib yang terus menyambung tradisi UMNO dan BN untuk mendera dan memperbodohkan rakyat dengan slogan dan tindakan yang tidak berintegriti dan bermaruah.

9.Slogan yang wajar bagi UMNO dan BN untuk terus dilaungkan secara konsisten ialah 1 Malaysia: Perlembagaan di persenda dan Rakyat Merana. Ianya wajar agar rakyat tidak tertipu lagi dan mudah mereka membuat nilaian terhadap pencapai UMNO dan BN.

10.UMNO dan BN bertanggungjawab dan mereka mesti membayar harga yang tinggi di atas penyalahagunaan kuasa dan penipuan mereka ke atas rakyat. DPPP menyeru agar rakyat tegas menghukum UMNO dan BN melalui pilihanraya kelak agar mereka tidak lagi sewanang-wenangnya mempersenda undang-undang dan perlembagaan negara serta rakyat tidak lagi derita dan merana dengan penderaan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan