Tok Pijat
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Hadi adalah nama besar didalam kepimpinan PAS sekarang.TG Nik Aziz memegang jawatan Mursyidul Am, satu jawatan lebih mirip kepada Penasihat atau Pemantau Dasar. Jawatan Mursyidul Am adalah dilantik oleh Majlis Syura PAS
Manakala TG Haji Hadi pula sebagai Presiden, jawatan yang dipertandingkan dalam Muktamar Agung PAS.Lebih menarik, mereka berdua tinggal berjiran, Kelantan dan Terengganu dimana kedua negeri PAS pernah memerintah. Cuma bezanya PAS hingga kini masih memegang tampuk pemerintahan di Kelantan manakala Terengganu tumbang pada PRU 11 2004.
Melihat cara berfikir keduanya, masing-masing mempunyai pendekatan yang berbeza. Ini barangkali berdasarkan cara mereka berdua mendapat tarbiyyah dan pendidikan di luar negeri.
Walaupun keduanya tempat terakhir destinasi pendidikan di Al Azhar Mesir tetapi tempat menimba ilmu sebelum Al Azhar adalah berbeza.
TG Nik Aziz habiskan masa belajarnya di India selama 11 tahun. Belajar melalui sistem Deobandi. Satu sistem ala pondok di negara kita tetapi ilmunya lebih terjurus kepada ilmu Hadis, tasawuf dan mantiq. Beliau tentu dapat pengalaman dan pengajaran yang banyak dari Syekhul Hadis. Juga dapat belajar ilmu kehidupan melalui penggamatan kehidupan masyarakat India.
Manakala TG Haji Hadi pula sebelum ke Mesir, beliau mendapat didikan dari Bumi Rasulullah, Madinah selama 4 tahun. Tentulah penekanan lebih kepada soal aqidah dan haraki. Boleh dikatakan beliau adalah antara kader-kader yang mendapat tarbiyyah langsung dari Ikhwanul Muslimin samada semasa di Saudi maupun di Mesir. Hingga kini beliau masih berhubung dengan rakan-rakan perjuangan Ikhwanul Muslimin di luar negara.
Kini PAS di bawah "pemerintahan" mereka berdua. TG Nik Aziz terkenal dengan ilmu mantiqnya yang berbisa dan tinggi. TG Haji Hadi pula terkenal kepakaran dengan ilmu harakinya. Dengan gabungan ilmu mereka berdua dan sokongan dan dokongan saf pimpinan inilah yang menjana PAS ke peringkat kemuncak kini.
Soal terdapat percanggahan pendapat antara mereka berdua, itu soal biasa. Dengan ilmu mereka berdua, berkelayakkan membuat ijtihad. Betul dapat 2 pahala, salah pula 1 pahala.
Mereka melihat iklim politik Malaysia dengan penuh cemas setelah PRU 12 dan jatuhnnya beberapa negeri ke tangan PR, dengan PAS menjadi MB di 3 buah negeri Kelantan,Kedah dan Perak serta sokongan rakyat terutamanya Cina dan India terhadap PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan